berita

Aeril Zafrel Sebak Dapat Kejutan Lamborghini Dari Wawa Zainal – ‘Hadiah Ini Tak Seberapa Dibandingkan Dengan Segala Pengorbanan’

May 1st, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Pelakon dan usahawan Wawa Zainal membuat kejutan istimewa buat suaminya, aktor Aeril Zafrel, apabila menghadiahkan sebuah kereta mewah, Lamborghini berwarna kuning.

Artikel Berkaitan: ‘Orang Panggil Bayi Kolik’ – Anak Keempat Asyik Menangis, Aeril Zafrel & Wawa Zainal Tukar Nama Pada Muhammad Fahri

Tulang belakang kejayaan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wawa Zainal ®? (@w4w4_zainal)


Wawa berkongsi kejutan tersebut menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram (IG) miliknya.

Menurut pemilik nama Nur Hawa Zainal Abidin, hadiah itu tidak dapat dibandingkan dengan pengorbanan yang dibuat Aeril selama enam tahun mereka terlibat dalam dunia perniagaan.

Sayang, hadiah ini tak seberapa kalau dibandingkan dengan segala pengorbanan yang kau buat untuk keluarga kita selama ini.

Hampir enam tahun bisnes, saya rasa ini masa untuk ‘reward’ Aeril dengan benda yang dia idamkan selama ini. Dia lah tulang belakang di setiap kejayaan saya. Terima kasih sayang untuk segalanya.

Rasa terharu

Sementara itu, Aeril memaparkan reaksi tergamam dan terkejut kerana pada awalnya isterinya menyatakan kereta itu sekadar disewa.

Sekadar info, Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6, dan Ayya Soffya, 2, dan Muhammad Fahri yang dilahirkan pada 30 November tahun lalu.

Sumber: Instagram @w4w4_zainal

SKIP THIS AD ×