berita

Afieq Shazwan Minta Izin Aidil Aziz Lakonkan Adegan Mesra Dengan Fasha Sandha – ‘Dia Memahami’

August 23rd, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Afieq Shazwan

Pelakon Afieq Shazwan tampil memberi penjelasan berhubung video tular memperlihatkan aksi mesra bersama aktres Fasha Sandha ketika menjalani penggambaran sebuah drama, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fasha Sandha Selar Dakwaan Netizen Sakan Menari Sejak Ramping – ‘Gemuk Atau Berisi Tetap Joget’

Artikel Berkaitan: Kongsi Tarikh ‘Birthday’ Sama Dengan Aidil, Fasha Sandha Doa Jejai Cepat Kahwin

Hanya lakonan

Afieq Shazwan

Menurut Afieq, adegan mesra tersebut merupakan sebahagian daripada tuntutan dalam drama berkenaan dan dia melakukannya di atas urusan kerja.

Malah katanya, adegan berkenaan dilakukan untuk membantu penonton supaya dapat membezakan watak mereka ketika musim pertama drama itu dengan yang kedua.

Apa yang saya boleh cakap, semua itu atas urusan kerja sahaja. Memang saya buat kerja bersama dengan kak Fasha dan memegang watak sebagai suami dan isteri.

Kalau sebelum ini, watak kami sebagai anak ikan dengan Datin. Untuk musim kali ini dah bergelar suami isteri, jadi kemesraan itu kena lebih sikit untuk bagi penonton dapat merasai perbezaan musim pertama dan kedua.

Tiada niat untuk mencetuskan kontroversi, ini juga salah satu promosi untuk drama tersebut. Cuma saya tak jangka benda itu jadi perhatian

Tambah pelantun lagu Rindunya Rindu itu lagi, dia juga menyedari adegan tersebut bakal mengundang kecaman netizen.

Bagaimanapun, jelas Afieq, dia sudah mendapatkan keizinan suami kepada Fasha iaitu aktor Aidil Aziz yang turut terlibat sama dalam drama tersebut.

Saya sedar benda itu akan mengundang kecaman dan saya sendiri ada tanya kak Fasha macam mana kalau kena kecam. Tapi tak apa la, niat kita hanya untuk kerja saja.

Suami kak Fasha juga terlibat sama dalam drama ini dan dia pun memahami dunia lakonan macam mana.

SKIP THIS AD ×