berita

[VIDEO] ‘Kurus Bukan Sekadar Kurus, Kuat Betul Fasha Angkat Aidil’

July 27th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Fasha Sandha Angkat Aidil Aziz

Baru-baru ini, pelakon, Fasha Sandha berkongsi momen dirinya menyambut ulang tahun kelahiran suami tercinta, Aidil Aziz di Instagram.

Artikel Berkaitan: Fasha Sandha Tunaikan Hasrat Suami Ingin Anak Lelaki – ‘Mungkin Guna Proses IUI Atau IVF’

Fasha angkat Aidil

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Menerusi perkongsian tersebut, aktres berusia 39 tahun itu meluahkan rasa syukur selepas dapat menyambut sambutan tersebut buat kali keenam sebagai seorang isteri kepada Aidil.

Fasha turut mendoakan agar suaminya itu terus sukses dalam apa jua yang dilakukannya.

Happy birthday my love, Aidil Aziz. Pejam celik dah enam tahun sambut hari jadi you.

Cepatnya masa berlalu, semoga kita akan terus sambut hari jadi you bersama sampai kita tua.

Wishing you all the best sayang, ucapan panjang-panjang antara kita je tau.

Love you, awak tahu itu.

Namun begitu, apa yang meraih perhatian wargamaya ialah gelagat pelakon filem Nana Tanjung itu yang kelihatan begitu gagah mengangkat suaminya pada malam sambutan yang turut dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat.

‘Gagahnya Fasha’

Fasha Sandha Gagah Angkat Aidil Aziz

Fasha Sandha Gagah Angkat Aidil Aziz

Fasha Sandha Gagah Angkat Aidil Aziz

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan kekuatan Fasha yang dilihat mampu untuk mengangkat suaminya yang jauh lebih sasa daripadanya.

Dalam pada itu, ada juga wargamaya yang menitipkan ucapan ulang tahun buat Aidil dan mendoakannya agar dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Sekadar info, Fasha Sandha dan Aidil Aziz telah mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019 yang lalu.

Sepanjang pernikahan ini, kedua pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×