berita

Ahirine Ahirudin Terkilan Nama Dipetik Jadi ‘Penyondol’ Rumah Tangga Farid & Diana – ‘Imej Saya Jatuh’

May 24th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Pelakon, Ahirine Ahirudin, menafikan dirinya menjadi punca keretakan rumah tangga pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle.

Artikel Berkaitan: ‘Doakan Mereka Dapat Mencapai Kata Putus Terbaik’ – Fadzil Zahari

Artikel Berkaitan: ‘Saya Bukan Punca Diana Fail Cerai Terhadap Farid’ – Ahirine Ahiruddin

Gosip tidak benar

Ketika ditemui Oh Bulan!, Ahirine berkata, dia akui terkilan apabila secara tiba-tiba namanya dipetik dan dituduh sebagai ‘penyondol’ dalam hubungan pasangan tersebut.

Jelas Ahirine, dia dan Farid hanya sekadar berkawan dan mula berkenalan sejak mereka bergandingan dalam sebuah filem arahan aktor itu, Remp-It 3.

Rasa juga (tertekan), ramai yang tidak tahu cerita sebenar tapi mereka hanya melemparkan kata-kata buruk kepada saya. Paadahal cerita yang tular itu tidak benar sama sekali.

Secara tidak langsung imej saya jatuh, sebab mungkin netizen dah ada perspektif mereka.

Hubungan saya dan Farid tidak lebih sebagai rakan pelakon. Tetapi, kami mudah serasi.

Ahirine berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH35) yang diadakan di sekitar ibu kota, baru-baru ini.

Dalam pada itu, aktres berusia 27 tahun itu menjelaskan, sejak gosip yang tular membabitkan namanya bersama Farid, dia tidak lagi menghubungi aktor berkenaan.

Bagaimanapun, Ahirine mendoakan isu rumah tangga Farid dan Diana menemui jalan penyelesaian yang terbaik.

Saya dan dia tidak berhubung pun untuk bercakap pasal kontroversi yang melanda. Tidak contact dia pun. Malah, dia pun saya lihat sibuk dengan keluarga dan tidak lagi sertai pertandingan motor.

Saya dan dia hanya kawan sahaja. Saya tetap mendoakan yang terbaik untuk dia dan keluarganya.

ABPBH35

Berkongsi mengenai perasaan tercalon dalam dua kategori iaitu Aktres Filem Popular dan Couple Filem Popular bagi edisi ABPBH kali ini, Ahirine berkata, dia sama sekali tidak menyangka.

Bagaimanapun, akui teruja dan bersyukur berjaya membolosi dua kategori tersebut.

Saya memang bersyukur, takut dan dalam masa sama teruja kerana diberi peluang untuk tercalon pada ABP edisi kali ini.

Saya meminta tolong kelab peminat saya yang ada lebih 2,000 ahli untuk terus mengundi nanti.

Banyak lagi yang saya perlu belajar untuk terus bertahan dalam industri seni, semuanya bukan perkara mudah.

Insya-Allah, saya berhasrat hendak bertemu peminat bagi merapatkan lagi hubungan.

Tanpa peminat, saya tidak akan berada di sini dan sangat berterima kasih kepada mereka yang sentiasa meniupkan kata semangat, lebih lagi selepas dikaitkan menjalinkan hubungan dengan Farid.

SKIP THIS AD ×