Adik kepada pengarah Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari akan sentiasa mendoakan rumah tangga abangnya bersama aktres Diana Danielle.
Artikel Berkaitan: Diana Danielle Fail Cerai, Farid Kamil Tak Mahu
Artikel Berkaitan: ‘Saya Bukan Punca Diana Fail Cerai Terhadap Farid’ – Ahirine Ahiruddin
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kepada Farid Kamil, Jumpa Dekat Mahkamah’ – Syamsul Yusof
Doa moga Farid bersabar
Ketika ditemui OhBulan!, Fadzil, 39, menyatakan dia dan ahli keluarga lain juga terkejut apabila mendapat tahu mengenai berita penceraian tersebut.
Saya mendoakan supaya mereka dapat mencapai kata sepakat dan kata putus yang terbaik.
Kita tak boleh tengok antara dua pihak sahaja, kena tengok anak-anak juga. Jadi apa sahaja keputusan, harus mengambil kira semua perkara.
Kami tengok berita itu pun, kami terkejut juga. Jadi kita nak tanya tuan badan. Kita pun tak tahu macam mana. Orang ramai pun turut terkejut dengan berita ini, kami sekeluarga pun turut terkejut. Tak ada apa apa tanda atau bayangan.
Jadi kami sampaikan kepada mak sahaja yang menghubungi Kamil agar dia sabar dan tabah. Kami sentiasa doakan dia.
Ditanya sama ada menghubungi Farid, pemilik nama Fadzil Bahri Zahari memberitahu mereka ada bertemu pada bulan lepas.
Kali terakhir jumpa dalam bulan lalu. Kami berjumpa pun bersembang biasa sahaja. Apa yang kami boleh buat, kami sokong dia.
Seperti baru-baru ini dia cakap dia rindukanan anak. Sebagai adik, saya dan Yana memberikan kata-kata positif supaya dia bersabar.
Fadzil yang ditemani isterinya, Yana Samsudin berkata demikian ketika ditemui di rakaman program Melodi Raya 2023 di Cyberjaya, pada Isnin.
Jadi sistem sokongan
Sementara itu, Yana yang juga merupakan pelakon berkata mereka sekeluarga sentiasa menjadi sistem sokongan untuk Farid mengharungi setiap dugaan.
Dalam grup WhatsApp keluarga pun, kami beri kata-kata positif, kami tak sebut pun mengenai perkara itu.
Bila orang tu minta nasihat, baru kita cakap, kalau tak ada, kita pun tidak memandai-mandai. Jadi kita sebagai keluarga, jadi sistem sokongan, kami harus berikan perkara positif.
Terdahulu, khabar perceraian pasangan ini timbul selepas Diana dilaporkan memfailkan permohonan cerai terhadap Farid pada awal bulan ini atas alasan tiada persefahaman dan berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan).
Permohonan cerai disebut di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari di Shah Alam, pada 20 Mac lalu.
Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.
Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang dijangka bakal berlangsung hari ini.
Sekadar info, Farid dan Diana berkahwin pada November 2012. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Muhammad dan Aurora.