berita

Ahli One Direction, Zayn Malik Beli Rumah Bernilai 2 Juta Pound

October 11th, 2012 | by Ai
Lensa Insta

Kalau nak dibandingkan dengan selebriti tempatan, memang bagaikan langit dan bumi. Terbaru dari barat, Zayn Malik, 19, salah seorang dari ahli kumpulan One Direction telah membeli sebuah rumah futuristik yang terletak di Hertfordshire.

Rumah bernilai 2 juta Pound atau sama dengan RM9845400 itu mempunyai reka bentuk yang unik dan mempunyai pintu masuk dan garaj berwarna krum. Disamping itu, ia juga mempunyai 5 buah bilik, sebuah kolam renang besar, 4 bilik air, bumbung yang rata, jakuzi, bilik stim, dan juga dek bumbung. Rumah penyanyi yang popular dengan lagu ‘What Makes You Beautiful’ ini juga turut dilengkapi dengan pemanas lantai.

Dailymail UK dalam laporan mereka turut memberitahu bahawa penyanyi pujaan ramai ini telah berpindah pada hari Isnin yang lepas (8 Oktober) dan menggunakan khidmat lori untuk mengangkut kesemua barang dan juga koleksinya.

Walaupun boleh dikatakan rumah ini mempunyai rekaan futuristik yang buruk, tapi kami tetap tak puas hati. 19 tahun dan rumah bernilai 2 juta Pound? Hurm.

SKIP THIS AD ×