berita

Ahli Perniagaan Pukul, Ugut Bunuh Pekerja Direman Sehingga Sabtu

April 15th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Info Roadblock JPJ/Polis

Sebelum ini, tular mengenai satu insiden di mana seorang ahli perniagaan didakwa telah memukul dan mengugut dua lelaki yang berpuasa di bulan Ramadan. Insiden ini secara tidak langsung membangkitkan kemarahan kepada si pelaku yang bertindak di luar kawalan.

Artikel Berkaitan: Ahli Perniagaan Belasah, Ugut Bunuh Pekerja Berpuasa Ditahan Polis

Reman bersambung

Foto: Harian Metro

Terbaru lapor Harian Metro, ahli perniagaan tersebut telah direman sehingga Sabtu ini. Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, permohonan reman tersebut dilakukan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, 506 Kanun Keseksaan dan 298 Kanun Keseksaan.

Lelaki berusia 43 tahun itu ditahan 8.20 malam tadi di ibu kota hasil risikan polis susulan laporan dibuat mangsa. Siasatan berhubung kes berkenaan akan diteruskan.

Terdahulu, seorang lelaki yang berkhidmat sebagai pengawal peribadi dan rakannya mendakwa telah diacukan pistol berikutan enggan mengikut arahan majikannya supaya tidak berpuasa. Susulan daripada itu, pihak polis telah menahan empat individu yang dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×