berita

Ahmad Dhani Jumpa PM Hari Ini – ‘Saya Cadang Nak Jemput Ke Konsert Orkestra Dewa 19’

September 29th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Ahmad Dhani Nak Jemput PMX Ke Konsert

Ketua kumpulan band terkenal Indonesia, Dewa 19 iaitu Ahmad Dhani dijangka akan berkunjung ke Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Larang Once Nyanyi Lagu-Lagu Dewa 19’ – Ahmad Dhani

Undang PMX ke konsert

Ahmad Dhani Nak Jemput PMX Ke Konsert

Ketika ditemui OhBulan!, Penganjur Konsert A Night At The Orchestra Chapter 5 Live In Malaysia Dewa 19, Iman Tang memaklumkan bahawa dia dan Dhani akan bersama-sama ke sana bertujuan untuk mengundang Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir menyaksikan konsert secara langsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada malam ini.

Esok (hari ini) sebenarnya kita akan ke PMO (Pejabat Perdana Menteri) kerana Ahmad Dhani sebenarnya dijemput ke sana. Kebetulan juga ada acara Maulidur Rasul.

Insya-Allah selepas itu Perdana Menteri akan datang berjumpa dengan Dhani kerana beliau memang nak jumpa Dhani dan Dhani juga nak jumpa beliau.

Sebelum ini mereka pernah berjumpa di Jakarta tapi kali ini sebagai tuan rumah, Perdana Menteri berhasrat untuk berjumpa Dhani di sini.

Perkara tersebut dikongsikan pada sesi sidang media dan sesi latihan konsert tersebut di Axiata Arena, Bukit Jalil pada malam Khamis.

Sementara itu, ketika ditanya apakah harapan Dhani buat Anwar Ibrahim? Pelantun lagu ‘Roman Picisan’ itu berharap agar Perdana Menteri dapat membawa sinar pembaharuan buat Malaysia.

Saya berharap Perdana Menteri dapat melakukan perubahan yang besar serta mewujudkan harapan buat rakyat Malaysia kerana beliau juga pernah masuk penjara seperti saya.

Cuma bezanya beliau 11 tahun dan saya 11 bulan. Jadi saya berharap beliau menjadi Perdana Menteri yang paling bagus dalam sejarah di Malaysia supaya saya juga boleh menjadi contoh di Indonesia.

Terdahulu Ahmad Dhani mencuri perhatian wargamaya apabila memuat naik hantaran gambar bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kapsyen, ‘Sama-sama pernah dipenjara’.

Menerusi hantaran tersebut, dapat dilihat Ahmad Dhani menggenggam tangan Anwar sambil tersenyum di hadapan kamera.

Sementara itu, Konsert A Night At The Orchestra Chapter 5 Live In Malaysia Dewa 19 ini akan membawa sedikit kelainan apabila bakal diiringi oleh seramai 54 Piece Ahmad Dhani Malaysian Orchestra.

Bukan itu sahaja, Dewa 19 juga akan membawakan penampilan khas tiga penyanyi popular tanah air iaitu Jaclyn Victor, Shila Amzah dan Amir Masdi.

SKIP THIS AD ×