Penyanyi Azza Elite mencuri perhatian apabila tampil memberikan pandangan mengenai realiti kehidupan pada masa kini.

Artikel Berkaitan: ‘Maaf Tak Dapat Hadir Ke Open House Yang Dibuat Di Rumah, Risau Tuan Rumah Tidak Selesa Sebab Adam Autisme’ – Azza Elite

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Abby Abadi & Azza Elite Berpelukan Selepas Baca Berita Marissa Dania Dalam Proses Cerai – ‘Jadi Versi Lebih Baik Selepas Ini’

Manusia pandang pada kedudukan, harta

Menerusi satu hantaran di Threads, Azza atau nama lengkapnya Noor Azzarina Zawari dilihat membalas pertanyaan seorang pengguna yang mempersoalkan sama ada seseorang hanya akan dipandang tinggi jika memiliki harta, nama dan kejayaan.

Tanpa berselindung, anggota kumpulan Elite ini mengakui hakikat itu sememangnya berlaku dalam masyarakat hari ini.

Kalau kita miskin orang tak pandang, dik. Itulah hakikat dunia.

Kenyataan itu kemudian mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan pandangan tersebut. 

Malah, ada yang berpendapat golongan berada sering dianggap betul walaupun melakukan kesilapan.

Tidak menafikan perkara itu, Azza menambah bahawa masyarakat memang cenderung memandang seseorang berdasarkan kedudukan.

Respon netizen

Sumber: Threads