berita

Aidil Zafuan Dapat Anak Perempuan?

December 2nd, 2014 | by Ai
Lensa Insta

Screen Shot 2014-12-02 at 5.23.13 AM

Suka betul kami melihat kebahagiaan kapten bola sepak JDT dengan isterinya, Zarema Zainal ini. Mana taknya, bila intai laman Instagram, ada je foto sweet berdua yang dimuat baik.

Tapi, semalam kami menerima kiriman emel dari seorang pembaca. Katanya, dia keliru sama ada pasangan ini sudah mendapat cahaya mata atau tidak.

Pelik juga kami dengan pertanyaan itu. Iyalah, rasanya Zarema kini berada di fasa pertengahan kehamilannnya. Takkanlah dah dapat baby. Betul tak?

Screen Shot 2014-12-02 at 5.23.45 AM Screen Shot 2014-12-02 at 5.23.53 AM

Rupa-rupanya, kekeliruan ini tercetus apabila Zarema dan Aidil memuat naik sekeping foto bayi perempuan di akaun Instagram masing-masing.

Haa, peminat pun apa lagi, tak sempat mengetahui siapakah gerangan bayi tersebut, terus je serkap jarang dan mengucapkan tahniah bertubi-tubi kepada pasangan tersebut.

Andaian mereka dikuatkan lagi apabila Zarema memuat naik foto Aidil sewatu kecil. Haa, motif sangat kan. Saje je mengundang tanda tanya di hati peminat fanatik mereka. Hehe.

Namun, akhirnya Zarema memberikan penjelasan bahawa bayi comel tersebut adalah anak kakaknya. Dia pun terkejut bila ramai yang menyangka baby comel tu anaknya tau.

Screen Shot 2014-12-02 at 5.25.42 AMScreen Shot 2014-12-02 at 5.25.29 AM Screen Shot 2014-12-02 at 5.26.03 AM

Haaa, terjawab sudah pertanyaan semua. Alah, biasa la tu, bila dah berkahwin dengan orang popular, mesti peminat teruja nak tahu mengenai perkembangan terkini. Kan?

Apapun, kita doa-doakanlah yang terbaik buat pasangan ini. Semoga di saat Zarema bersalin nanti, segalanya dipermudahkan.

SKIP THIS AD ×