berita

Anak Patah Tangan, Rita Rudaini Minta Netizen Henti Petik Nama Bekas Suami – ‘Sikit-Sikit Tanya Si Polan ..’

May 12th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Anak kepada pelakon popular, Rita Rudaini iaitu Airit Rayyan Rizqin terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan di bahagian tangan.

Artikel Berkaitan: Setahun Anak Hidup Berdikari, Rita Rudaini Luah Rasa Sebak – ‘Ryan Banyak Jadi Saksi Kesedihan Mommy’

Artikel Berkaitan: ‘Hebatnya Tenaga & Emosi Yang Allah Hadiahkan…’ – Rita Rudaini Throwback Video Anak Masa Kecil

Tangan patah

Menerusi perkongsian di Instagram, Rita atau nama lengkapnya Rita Rudaini Mokhtar memaklumkan tangan anak lelakinya telah patah.

Malah, difahamkan insiden itu berlaku di asramanya sehari selepas kembali bersekolah pada minggu lalu.

Kejadian minggu lepas. Hari pertama sekolah. Selepas break hari raya, Isnin hantar sekolah, Selasa dah patah tangan.

‘Sikit-sikit tag arwah’

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya menitipkan doa kepada anak sulung aktres tersebut agar kembali sembuh dengan segera.

Pun begitu, ada juga dalam kalangan warganet yang tidak henti bertanyakan mengenai bekas suaminya, Aidil Zafuan.

Tidak mendiamkan diri, aktres berusia 47 tahun itu menerusi Instagram Stories (IG Story) miliknya memohon netizen berhenti mengaitkan bekas suami dengan kehidupannya yang kini.

Sikit-sikit nak tag si ‘arwah’, sikit-sikit nak tanya ’si polan’ tak datang tengok ke?. Adoi sudah-sudah la tu, korang pun. Kenapa? Sebelum ini pernah nampak arwah berjasa atau buat apa-apa jasa ke untuk diorang?

Tak ada kan, 14 tahun dah, dah berbulu, dah berjanggut. Jadi, tak payah la, nak bersua pun nantilah bersua di akhirat. Itu pun kalau dapat cari la. Kami dah cukup bahagia dan tenang sekarang.

Untuk rekod, Rita pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas pengulas sukan TV3, Akbar Shaari pada 1999. Namun mereka bercerai pada 2001 dan disahkan mahkamah pada 2004.

Rita kemudian berkahwin sekali lagi dengan pemain bolasepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan pada 2008. Namun mereka disahkan bercerai pada 2013.

Hasil daripada perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×