berita

Aidil Zafuan Sah Cerai Rita Talak Satu

August 5th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Rita Sah Cerai

Baru saja sebentar tadi kami berspekulasi, akhirnya menerusi laporan akhbar, Rita sendiri telah mengesahkan bahawa Aidil telah menceraikannya petang semalam (Ahad) melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

Melalui Berita Harian hari ini, antara punca utama Aidil menceraikan Rita adalah kerana kenyataan Rita yang disiarkan semalam dalam sebuah artikel bertajuk ‘Rita bengang skandal terbaru Aidil’ di ruangan B*POP.

Artikel Berkaitan :

Rita yang ditemubual bagaimanapun menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka walaupun ianya sangat mengejutkan.

“Saya perlu terima keputusan ini dengan hati yang terbuka hanya beberapa jam sebelum masuk waktu berbuka. Kini segala galanya sudah jelas, Aidil akhirnya menceraikan saya. Bagaimanapun, kehidupan perlu diteruskan dan saya perlu lebih tabah,” ujar Rita dipetik dari Berita Harian.

04-Rita-Rudaini-Sahkan-Dicerai-Talak-Satu-Melalui-SMS-ROTIKAYA

Keratan akhbar dari Berita Harian

Untuk pengetahuan, Aidil dan Rita pernah bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 1 tahun.

SKIP THIS AD ×