berita

Aidil Zafuan Selamat Nikahi Kekasihnya, Zarema Zainal

March 14th, 2014 | by Ai
Kini Trending

Aidil Zarema

Umum pasti tahu bahawa rumahtangga pelakon jelita, Rita Rudaini dan pemain bola sepak negara, Aidil Zafuan sudah lama berakhir dengan perceraian.

Usai sahaja perceraian mereka disahkan, bekas suaminya itu bercinta pula dengan seorang gadis cantik bernama Zarema Zainal.

Namun, jodoh pertemuan semuanya di tangan Tuhan, hari ini, semua spekulasi percintaan Aidil dan Zarema terjawab apabila mereka telah selamat diijabkabulkan.

Aidil NikahMajlis pernikahan Aidil & Zarema

Melalui laman sosial Twitter, sekeping foto telah dimuat naik oleh Johor Southern Tiger yang mengucapkan tahniah kepada Aidil selaku kapten pasukan bola sepak JDT.

Menariknya, menerusi satu akaun Twitter yang dipercayai merupakan tetamu majlis berkenaan, mengatakan suasana menjadi lucu apabila tetamu menjerit perkataan ‘Goal’ sebaik sahaja pasangan itu sah dinikahkan dengan sekali lafaz.

Aidil

Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada Aidil dan Zarema dan semoga bahagia hingga ke akhir hayat. Tetapi, nafkah anak-anak dengan bekas isteri jangan dilupakan pula ya?

Jom kita lihat dulu beberapa video dan gambar sekitar majlis tersebut.

Kredit Foto: Instagram Nedim