Pengacara dan pelakon Ain Edruce berkongsi pengalaman mencabar apabila memulakan proses menghentikan penyusuan susu badan terhadap anaknya, Shaziman yang kini berusia satu tahun lima bulan.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Terkejut Budak Kecil Sudah Pandai Guna Perkataan Kasar’ – Ain Edruce

Artikel Berkaitan: ‘Terkejut Dengar, Budak Lelaki Cakap Kasar Dengan Soraya’ – Ain Edruce

Ain Edruce berhentikan anak susu badan

Menerusi hantaran di Threads, Ain mengakui keputusan tersebut dibuat selepas dia berdepan keletihan akibat kurang tidur, terutama apabila perlu menyusukan anaknya itu pada waktu malam.

Mummy, I need your help. Aku nak berhenti susu badan Shaziman. Ada idea tak macam mana? 

Dia dah 1 tahun 5 bulan, cukup dah lah. Aku penat. Malam tidur tak cukup, kerja ofis pun tak penat macam ni.

Pengacara program Melodi itu turut meluahkan rasa sebak ketika memulakan proses putus susu.

Ujarnya, penyusuan menjadi antara momen istimewa yang membuatkan hubungan dan ikatan kasih sayangnya bersama anak semakin erat.

Maka bermulalah perjalanan putus susu dengan Shaziman. Hari pertama, ada kata-kata semangat tak? Aku sedih lah sebab tu je buat aku rasa rapat dengan dia. Bonding tu, oh man..saya tak kuat.

Menurut Ain, proses tersebut bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia memberi kesan emosi yang mendalam sehingga membuatkan dia beberapa kali menitiskan air mata.

Semalam malam aku nangis macam orang gila dah. Dalam shower nangis, atas katil nangis. Soraya (anak sulung) tengok aku pun dia nangis. Dia kasihan dekat aku.

Tapi Alhamdulillah survived.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai yang turut memberikan kata-kata semangat kepada Ain.

Tidak kurang juga ada para ibu turut berkongsi pengalaman masing-masing mengenai cabaran emosi ketika melalui fasa menghentikan penyusuan susu.

Sumber: Threads Ain Edruce