

Pengacara dan pelakon, Ain Edruce berkongsi telah selamat melahirkan cahaya mata kedua menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs).
Artikel Berkaitan: Selepas Keguguran, Ain Edruce Umum Hamil Anak Kedua – ‘Alhamdulillah Allah Beri Rezeki Untuk Kami’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ain Edruce Main Drum Lagu ‘The Kill’, Netizen Komen ‘Sikit Lagi Nak Setaraf Chad Smith!’
Nak makan beef wellington

Pun begitu, pemilik nama Nurulain Edruce, 33, berkata dia terpaksa menjalani pembedahan Caesarean selepas melihat kedudukan bayi.
Alhamdulillah saya dah berjaya bersalin. Sepatutnya saya bersalin normal, bukaan 10 centimeter dah buka, tapi baby masih di atas, akhirnya kena emergency czer.
Sementara itu, Ain turut meluahkan rasa kagum terhadap wanita yang memilih untuk menjalani Czer ketika bersalin.
Dalam pada itu, Ain sempat berkongsi bahawa suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa membelikannya daging lembu wellington daripada chef Gordon Ramsay kerana ia adalah satu-satunya makanan yang diinginkan selepas bersalin.
Saya sangat hormati wanita yang buat czer sebab sakit sangat. Pertama kali nak jalan, memang menangis.
Untu makan, satu benda sahaja yang saya minta dekat Amirul iaitu makanan pertama yang saya nak makan adalah beef wellington daripada Gordon Ramsay.
Amirul berjaya belikan untuk saya.
Untuk rekod, Ain telah sah bergelar isteri kepada suaminya yang merupakan seorang usahawan pada Disember 2019 lalu.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Soraya yang kini berusia empat tahun.
Sumber: Instagram






![[VIDEO] Khairul Aming Nasihat Farah Dina Rancang Kerjaya, Kewangan – ‘Tak Nak One-Hit Viral, Kita Nak Sustain Lama’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/IMG_6309.jpeg)
