Penyanyi, Aina Abdul berlapang dada meskipun tidak tersenarai menerusi kategori ‘Penyanyi Meletop’ dan ‘Vokal Meletop’ di Anugerah Meletop Era 2025.

Artikel Berkaitan: Aina Abdul Belum Sedia Bawa Genre Irama Tradisional – ‘Saya Berhati-Hati Hasilkan Karya Yang Sesuai’

Aina tak terkilan

Aina atau nama lengkapnya Nurul Aina Abdul Ghani beranggapan, bukanlah satu kewajiban namanya untuk disenaraikan dalam mana-mana anugerah tempatan.

Bagi saya itu di luar bidang kuasa dan kawalan saya, saya tidak mahu menyalahkan sesiapa.

Tahun ini mungkin tiada rezeki saya, tak mengapa sebab sebelum ini Anugerah Meletop pernah memberikan penghargaan pada saya.

Mereka juga ada hak mahu calonkan sesiapa yang mereka inginkan. Kita sokong penyanyi yang tercalon. Tak mengapa, ini bukan penghujung dunia.

Dalam karier mana-mana penyanyi pun, takkan ada semua orang sukakan kita, dan takkan ada semua membenci kita.

Allah itu adil, jadi bagi saya, yang tak suka saya dan mendoakan kesedihan saya, saya mendoakan yang baik-baik saja untuk mereka.

Aina berkongsi perkara tersebut ketika ditemuiOhBulan! majlis sidang media ‘Malam Paling Terhangat’ Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT2025) yang diadakan di APW, Bangsar pada malam Khamis.

Nak beri penghargaan buat peminat

Foto: Harian Metro

Dalam masa yang sama, Aina yang tercalon menerusi kategori Selebriti Ikon Terhangat dan Selebriti Muzik Paling Onz & Terhangat di AMT 2025 berharap dapat menjulang trofi sebagai simbol apresiasi terhadap dedikasi dan usaha ditunjukkan peminatnya.

Sudah tentu saya mahu sebab anugerah ini untuk peminat yang sentiasa menyokong walaupun mungkin tahun ini formula saya agak lewat tapi mereka tetap setia menunggu lagu saya.

Alhamdulillah, sebab peminat juga album saya juga sudah mencecah lapan juta ‘streaming’.

Terima kasih kepada peminat saya dan harap ada rezeki mereka pada malam Ahad nanti.

Mereka yang gigih mengundi, saya hanya jadi medium untuk mereka ‘exercise’ tangan.

Dikendalikan oleh duo pengacara terhangat Fikry Ibrahim dan Ain Edruce, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan malam kemuncak AMT 2025 yang akan berlangsung pada 3 Ogos ini, jam 9 malam, secara langsung di TV3 dan strim eksklusif di Tonton.

Acara Karpet Merah akan menemui penonton lebih awal, mulai jam 8 malam di TikTok Melodi Berapi dan TV3 Malaysia.

AMT2025 dikuasakan Samsung Galaxy Z Fold7 dan Galaxy Flip7 dan dihangatkan oleh All-New Proton X50.