berita

Aina Abdul Teruja Kongsi Pentas Dengan Ailee, Bakal Buat Persembahan Pembukaan

March 8th, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Penyanyi Aina Abdul meluahkan rasa teruja apabila diberi penghormatan untuk membuat persembahan pembukaan di konsert penyanyi dan penulis tersohor Korea Selatan, Ailee, I Am: Here yang bakal diadakan di Megastar Arena, Kuala Lumpur pada 22 Jun depan. Wow bestnya!

Artikel Berkaitan: ‘Saya Percaya Ini Adalah Publisiti Yang Baik Untuk Mereka’ – Aina Abdul

Suka dengar cara nyanyiannya

Menerusi temu bual bersama OhBulan! Aina memberitahu dia menghargai peluang yang diberikan ini dan akan melakukan yang terbaik. Ujar Aina, kerjaya seninya banyak dipengaruhi penyanyi sensasi itu.

Saya sudah menjadi pengikut ketika Ailee menyanyikan lagu Halo yang pernah dipopularkan oleh Beyonce. Cara nyanyiannya cukup mengejutkan kerana diksinya ada pengaruh Amerika.

Saya selalu rasa Ailee umpama kakak dan dekat dengannya terutama bila tahu bagaimana dia bergelut dengan kehidupannya.

Saya juga banyak belajar mengenai teknik nyanyiannya menerusi video.

Berbicara lebih lanjut, pelantun suara ‘Terus Hidup’ itu berkata, tawaran yang diterima ibarat rahmat dan datang pada waktu yang tepat.

Ketika dapat berita penganjur berminat memilih saya membuat persembahan tirai konsert Ailee, waktu itu saya berada dalam situasi titik paling rendah dalam hidup, awal tahun ini.

Saya dalam kesedihan kerana ada perkara yang tidak begitu baik berlaku dalam kerjaya seni. Saya menangis waktu itu.

Sebagai peminat, saya teruja dapat meraikan kehadirannya di Malaysia.

Aina yang ditemui pada sidang media Konsert By Ajai & Mega Friends bakal melakukan persiapan untuk konsert Ailee sebaik sahaja menerima segala info terperinci mengenai persembahannya pada malam itu.

Saya masih belum dimaklumkan mengenai durasi persembahan. Mungkin hanya menyanyikan tiga lagu dan saya juga belum pasti lagu apa yang bakal disampaikan.

Penampilan saya pada malam itu biasa-biasa sahaja kerana ia adalah malam Ailee. Saya mahu meraikannya yang julung kali mengadakan konsert di Kuala Lumpur.

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×