berita

Air Mata Nora Danish Di Bulan Ramadan…

May 14th, 2020 | by Shahira
Lensa Insta

Memang tidak dapat dinafikan, sepanjang bulan Ramadan ini ramai dalam kalangan umat Islam mengambil peluang untuk melakukan amal ibadah termasuklah bersedah, solat tarawih, membaca Al-Quran dan sebagainya.

Terbaru, pelakon cantik jelita dan usahawan terkenal iaitu Nora Danish ada memuatnaik satu posting di laman Instagram miliknya yang berkongsi berita gembira apabila dia berjaya khatam Al-Quran pada 9 malam terakhir bulan Ramadan. Lebih menyentuh hati apabila melihat Nora mengalirkan air mata kegembiraan dengan kejayaannya itu.

Air mata Nora Danish

https://www.instagram.com/p/CAKIwTNAs8Q/

Menerusi perkongsian yang dimuatnaik Nora, dia mengaku bahawa untuk mengkhatam Al-Quran bukanlah satu perkara yang mudah seperti disangka lebih-lebih lagi dengan jadual kerjanya yang agak padat.

Tambah Nora lagi dia terdetik untuk membaca Al-Quran ketika mengajar anaknya, Rayqal mengaji. Tambah Nora lagi, dia turut menyedekahkan bacaan Al-Quran tersebut buat arwah bapanya yang telah meninggal dunia.

Nampak mudah Khatam ni bagi sesetengah orang, tetapi tidak bagi Nora. Dengan jadual Nora yang padat, niat nak khatam bertahun tahun tersekat. Sampailah masa MCO tergerak hati Nak cari balik PU Hafiz ada hadiahkan digital pen Al-Quran untuk Rayqal, so nak ajar Rayqal mengaji sebab MCO kan, takut lama berhenti mengaji dia lupa. Jadi nya, saya pula berminat dengan pen digital itu. Jadi saya pula start mengaji.

Cecah 150 muka surat sehari

Menceritakan kisah itu, Nora turut memberitahu bahawa keinginnannya untuk membaca Al-Quran bertambah setelah melihat rakan artisnya iaitu Elizad Sharifuddin berjaya mengkhatam Al-Quran dalam tempoh PKP. Tambah Nora lagi, dia berharap agar perkongsiannya ini dapat membangkitkan semangat dan membuka hati orang ramai untuk bersama-sama melakukan amal ibadah ini.

Pada mulanya, satu muka surat nak habiskan rasa susah nya. Lama lama 5 muka surat, jadi 10 , jadi 20 , jadi 30 dan seterusnya sampai mencecah 150 muka surat satu hari. Sampai rasa tak sabar nak bangun tidur dan start mengaji.

Sementara itu, Nora meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada ahli keluarga serta para peminatnya yang tidak putus-putus mendoakan supaya dia berjaya menyempurnakan niatnya ini. Difahamkan, Nora akan melakukan khatam bersama ustaz atau ustazah selepas keadaan negara kembali pulih.

Sumber: Nora Danish

SKIP THIS AD ×