berita

[VIDEO] Baca Ayat Kursi & Surah Al-Baqarah Secara Bertaranum, Suara Merdu Penyanyi Amerika Ini Raih Perhatian Dunia

January 9th, 2020 | by Shira
Video Popular

Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan penyanyi Amerika, Jennifer Grout yang popular dengan kepetahannya mendendangkan lagu dalam bahasa arab serta kemerduan suaranya mengalunkan bacaan ayat-ayat Al-Quran.

Jennifer sekali lagi menarik perhatian dunia apabila dia berkongsi video yang memaparkan kelancarannya membaca ayat Kursi dengan cukup hukum tajwid. Jennifer yang dikatakan telah mendirikanrumah tangga itu telah memeluk islam ketika dia berusia 23 tahun iaitu pada tahun 2014.

Siap bertaranum dan hukum tajwid

View this post on Instagram

When I first became interested in Arabic music, my teacher told me to start listening to Quran as an exercise in order to begin getting attuned to all the nuances of Arabic singing; the two have many things in common like their melodious qualities, ornamentations, vocal technique, maqam modulations, and language of course. Many of the great Tarab singers had their roots in Quran recitation! Today in the spirit of jumu3a I’m sharing a recitation of Ayat-u-l kursi as per the style of the great Mohammed Siddiq Al Menshawi. Quran recitation is an art in itself, and can be appreciated by anyone and everyone, Muslims and non Muslims alike, (though it carries another special layer of meaning for the former). Happy Friday 💜 #jennifergrout #tajweed #quran #jumua #menshawi #maqamat #muslimah #femalereciters

A post shared by Jennifer Grout (@jennifer_grout_official) on

Menerusi kapsyen yang dikongsikan Jennifer, dia memberitahu bahawa gurunya pernah memesan kepadanya sekiranya ingin menjadi seorang penyanyi muzik Arab yang hebat dia perlu sentiasa mendengar bacaan al-Quran supaya dapat menambahkan kemahiran dan ilmu mengenai bahasa Arab. Tambahnya lagi, kebanyakan ikon muzik Arab bermula dengan menguasai bacaan al-Quran secara tepat.

Video yang dimuatnaik Jennifer di laman Instagram miliknya itu telah menjadi viral dalam kalangan pengguna media sosial sehingga ada dalam kalangan mereka yang turut berkongsi semula video tersebut. Tidak cukup dengan itu, rata-rata pengguna sosial terpukau serta memuji kelancaran Jennifer membaca ayat Kursi tersebut.

Surah al-Baqarah

Bukan itu sahaja, beberapa video lain yang dimuatnaik di laman Instagram Jennifer turut meraih perhatian dunia antaranya video Jennifer membaca surah al-Baqarah ayat 285-286. Selain itu, video kemerduan suara Jennifer mendendangkan lagu dalam bahasa Arab juga turut memukau hati para pendengarnya.

Merdunya suara

Sumber: Jennifer Grout