
Personaliti media sosial, Aireena Sofia sekali lagi menyorot perhatian apabila tampil dengan bukti baru ekoran dakwaan suaminya curang bersama remaja 18 tahun.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isteri Haqiem Stopa ‘Spill’ Video Remaja 18 Tahun, Dakwa Tak Tahan Dipersalahkan Kakak Ipar – ‘Sibuk Tanya Aku Mana Bukti’
Artikel Berkaitan: Isteri Haqiem Stopa Nekad Cerai Demi Masa Depan Anak & Diri Sendiri – ‘Pujuk Tidak Menjaminkan Apa-Apa’
Tidur bersebelahan?
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Threads, Aireena Sofia atau mesra disapa Jane berkongsi tangkap layar (screenshot) mengenai isu Haqiem bersedudukan bersama beberapa wanita.
Pada hantaran tersebut, wanita terbabit memaklumkan posisi Haqiem Stopa yang tidur disebelahnya.
Difahamkan, Jane menerima info sebelum ini mengenai dakwaan suaminya yang tidur sebilik namun berasingan katil.
Tidur sebelah-sebelah rupanya.
Ini baru 0.01% saya spill.
Imbas kembali, Jane mendedahkan bukti wanita 18 tahun yang didakwa menjalinkan hubungan bersama suaminya menerusi siaran langsung TikTok.
Pada bukti tersebut, wanita berkenaan akui tinggal sebilik bersama Haqiem Stopa namun tidur di katil berasingan.
Terdahulu, pemilik nama Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, 25, tidak bersetuju untuk dengan tuntutan cerai yang difailkan oleh Aireena pada 4 November lalu.
Sebelum ini, Aireena mendakwa suaminya itu berlaku curang beberapa kali sepanjang perkahwinan mereka.
Bagaimanapun, Haqiem enggan mengulas lanjut berhubung dakwaan tersebut.
Sekadar info, Haqiem dan Aireena mendirikan rumah tangga pada 11 Oktober tahun lalu.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang bayi lelaki bernama Hud yang kini berusia tiga bulan.
Sumber: Threads @aireenasf