
Menghafal surah atau ayat al-Quran bukanlah sekadar untuk mengingati, tetapi ia adalah satu bentuk disiplin diri dan latihan kerohanian yang menuntut kesungguhan, kesabaran serta komitmen berterusan.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Ada Sejarah Panic Attack Yang Agak Serius’ – Aisha Retno
Artikel Berkaitan: Aisha Retno Alami ‘Panic Attack’ & Pengsan, Minta Maaf Tak Dapat Balas Mesej – ‘Saya Sedang Berehat’
Tips hafal surah
View on Threads
Menerusi hantaran di Threads, seorang individu meminta warganet untuk berkongsi cara yang mudah untuk menghafal surah Al-Kahfi dan Al-Mulk.
Saya belum boleh menghafal surah Al-Kahfi dan Al-Mulk.
Awak semua ada tips, cara yang mudah untuk menghafal? Kadang-kadang ada je yang mengganggu nak hafal dan struggle nak ingat.
Penyanyi, Aisha Retno kemudian membalas ciapan tersebut dengan berkongsi tips yang dilakukannya untuk menghafal surah berkenaan.
Menurut pemilik nama Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 26, itu, antara kaedah yang berkesan adalah dengan membaca surah tersebut semasa mendirikan solat.
Suruh Al-Mulk, tips saya adalah kena selalu bawa dalam solat, rakaat kedua atau ketiga.
Awak boleh letak al-Quran depan sejadah.
Baca dalam solat harian awak.
Tambah Aisha, ia adalah satu permulaan yang baik dengan mengingati beberapa baris ayat dalam sehari sebelum menghafal keseluruhan surah.
Untuk permulaan hafal satu atau dua ayat satu hari dulu pun okay.
Langkah kecil dahulu, Bismillah.
Sumber: Threads








