berita

Aishah Sah Cerai Talak Satu Menerusi WhatsApp – ‘Saya Bukan Robot, Menangis Baca Mesej’

February 2nd, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Enggan orang ramai terus berteka-teki dengan statusnya, penyanyi Datuk Aishah mendedahkan dia kini sudah bercerai dengan bekas suaminya, pada 25 Disember tahun lalu.

Artikel Berkaitan: Aishah & Suami Sudah Tiga Bulan Tinggal Berasingan – ‘Tiada Siapa Berkahwin Untuk Bercerai’

Talak menerusi whatsapp

Memetik laporan BH Online, Aishah, 57, berkata dia kembali bergelar janda selepas diceraikan talak satu menerusi kiriman yang dihantar di WhatsApp.

Sedih berakhir dengan penceraian, pemilik nama Wan Aishah Wan Ariffin akui dia menitiskan air mata tatkala membaca mesej tersebut.

Segala-galanya sudah selesai apabila saya diceraikan talak satu menerusi mesej pada 25 Disember lalu.

Bohonglah, jika saya tidak bersedih dengan pengakhiran yang berlaku. Saya bukannya robot.

Saya menangis sebaik sahaja membaca mesej yang dikirimkan.

Namun, saya akur dengan ketentuan takdir. Walau apapun yang berlaku, hidup harus diteruskan.

Pada November lalu, Aishah mendedahkan dia sudah tiga bulan tidak tinggal sebumbung selepas lima tahun melayari bahtera rumah tangga.

Bukan perkara baharu

Dalam pada itu, pelantun lagu Janji Manismu menyatakan fokus utama sekarang adalah dua cahaya matanya iaitu Armand Azhari dan Azhad Ahlami yang menjadi tunjang kekuatan.

Ini bukan perkara baharu buat saya. Lagipun, saya pernah melalui pengalaman sama sebelum ini. Masa itu, anak-anak masih kecil lagi.

Masih terbayang apabila saya terpaksa mengangkut anak-anak bersama ketika bekerja kerana tiada siapa dapat menjaga mereka.

Sekarang, anak-anak sudah dewasa dan menjadi tempat untuk saya bergantung harap. Hidup saya kini hanyalah untuk anak-anak.

Pada 2017, penyanyi bervokal mantap ini mengakui sudah berkahwin kali keempat, namun, enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai perkahwinannya itu.

Sumber: BH Online

SKIP THIS AD ×