Sempena Anugerah Juara Lagu 35, penyanyi, Aishah mengaku bahawa dia mengambil kelas vokal bersama cikgu Siti Hajar dan cikgu Shafi sebagai persediaan untuk memperbaiki mutu nyanyiannya. Perkara tersebut dikongsikan oleh Aishah sendiri menerusi akaun Instagramnya.
Tiada titik noktah
Hari ini I luangkan masa untuk ‘digest’ apa yang I belajar bersama Cikgu Shafi semalam. Sebelum ini I timba sikit-sikit ilmu vokal dengan Cikgu Siti Hajar dan kali ini di atas permintaan komposer lagu ABS, I belajar dengan Cikgu Shafi pula. You see, proses pembelajaran tiada titik noktah. Walaupun kita sudah berada di dalam satu bidang itu berdekad-dekad. Itu saja cara untuk kita perbaiki skill kita. Terimalah teguran dari orang yang ahli dalam satu-satu bidang, walaupun cikgu Shafi sendiri cakap dia masih sekolah semasa I muncul dengan Fan Club.
Menurut Aishah, sebelum ini dia belajar vokal bersama Cikgu Siti Hajar. Namun, atas permintaan komposer lagu ‘Aku Bidadari Syurgamu’ dia meluangkan masa belajar vokal bersama Cikgu Shafi pula. Tambahnya, proses untuk menimba ilmu tidak akan pernah terhenti walaupun sudah berada di dalam industri seni sejak berdekad yang lalu.
Sangat hormat insan bergelar guru
https://www.youtube.com/watch?v=9R3yTkRQhx4
Memang I orang yang sangat hormat kepada orang yang bergelar guru, I tak tau kenapa. Tak kiralah guru sekolah ke, guru mengaji ke, guru kraf ke semua I sangat hormati dan sayangi. Kenapa sayang? Kerana bila cikgu memberikan satu-satu ilmu pada kita, I rasa macam dapat emas atau sesuatu yang sangat berharga. Malahan emas boleh habis kita belanjakan tetapi ilmu yang kita pelajari kita simpan sampai akhir hayat. Bila I pergi belajar dengan seseorang guru I selalu buat diri I seperti I tak tau apa-apa.
Setiap guru ada keistimewaan dia, pasti kita akan dapat sesuatu yang berharga. Letakkan ego ke tepi Insyaallah kita akan lebih berjaya. Seumpama kita mengumpul harta karun, sorang cikgu akan bagi kita emas, yang sorang lagi beri kita berlian, ada yang bawa permata dan lain-lain .No ‘doubt’ they are all special and I will always be in’debt’ed’ to my teachers.
Ujar Aishah lagi, dia seorang insan yang sangat menghormati guru. Baginya guru merupakan pemberi ilmu dan setiap dari mereka mempunyai cara dan keistimewaan sendiri. Sebagai pelajar, dia meletakkan ego di tepi dan menimba sebanyak ilmu yang boleh diperoleh daripada kedua-dua guru tersebut. Buat pengetahuan korang, Aishah bakal menyanyikan lagu ‘Aku Bidadari Syurgamu’ nyanyian asal Dato Seri Siti Nurhaliza untuk AJL35 pada 14 Mac nanti.
Sumber: Aishah