Penyanyi, Aizat Amdan bakal menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihan juga pengurusnya Elyssa Alia Ilias pada 14 Ogos ini. Mereka berdua dikatakan sudah bercinta sejak tiga tahun yang lalu. Tahniah!
Artikel berkaitan: Muka Bayi Mirip, Aizat Amdan Nafi Dah Kahwin – ‘Ini Anak Saudaralah’
Cipta lagu khas buat isteri
Menerusi laporan Harian Metro, Aizat telah mencipta lagu khas ‘Hanya Kita Dua’ buat bakal isterinya itu. Bercerita lebih lanjut, Aizat berkata dia berani melamar Elyssa kerana yakin mampu menjadi suami yang terbaik buat wanita itu. Tambah Aizat, Elyssa juga mengajarnya supaya tak pentingkan diri sendiri apalagi dia jenis menyendiri.
InsyaAllah saya akan berkahwin dengan jodoh saya pada minggu depan. Kami bertemu dalam hampir tiga tahun dan mulanya sahabat saja. Bila lama-lama, secara semula jadi bercinta dan timbul hasrat untuk berkahwin. Lagu Hanya Kita Dua istimewa sebab saya tujukan kepada dia. Lagu kahwin selalunya perlahan, santai, tapi saya nak buat lagu yang lebih ‘funky’. Ia lagu keraian sebab terlalu gembira jumpa seseorang yang istimewa. Dia seorang yang berbeza, petah bercakap, dan tenaganya mengagumkan. Lagu ini sangat menggambarkan perwatakan dia. Dia buka hati saya jadi lebih mudah berkongsi perihal peribadi.
Menurut Elyssa pula, mereka pada awalnya berkenalan atas dasar kerja.
Aizat seperti rakan karib dan saya tak perlu berpura-pura. Kami pun berkongsi sifat sama seperti gemar makan. Dulu saya pernah temubual dia dan terus terang tak kenal dia sangat. Bila sudah borak rupanya kami tinggal dalam kawasan sama.
Difahamkan, pasangan ini akan melangsungkan majlis pernikahan secara tertutup di E-Park, Puchong, Selangor. Resepsi juga akan diadakan pada hari sama.
Sumber: Harian Metro