
Pelakon yang juga pereka fesyen, Aizat Saha meluahkan rasa bangga apabila diberi peluang menghasilkan busana buat penyanyi, Dayang Nurfaizah bagi mempromosikan single terbaharunya berjudul Aku, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Aizat Saha Bangga Hasilkan Baju Dayang Nurfaizah, Netizen Puji – ‘Nampak Classy, Tak Sangka Pandai Menjahit’
Baju nikah Dayang

Aizat, 31, berkata peluang bekerjasama dengan Dayang memberi satu kepuasan tersendiri, apatah lagi apabila hasil rekaannya dipakai oleh artis yang sudah lama dihormatinya dalam industri hiburan tanah air.
Sebelum ini saya ada kongsi video menghasilkan baju Dayang, itu juga merupakan sebahagian daripada konten mempromosikan lagu terbaharunya berjudul Aku.
Saya berbincang dengan Dayang untuk hasilkan baju untuknya dan secara tidak langsung menaikkan ‘view’ di TikTok saya.
Saya dan Dayang menjadi rapat kerana pihak pengurusan Dayang mengenali dan berkawan dengan saya. Dari situ juga titik tolak untuk kolaborasi ini. Saya sangat bangga kerana dia seorang penyanyi yang hebat.
Aizat berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis Viu Together Gather dan Iftar yang berlangsung di ibu kota, baru-baru ini.
Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada terbuka untuk menghasilkan busana perkahwinan Dayang sekiranya diberi peluang suatu hari nanti, Aizat mengakui dia sangat mengimpikan peluang tersebut.
Bila tarikh Dayang kahwin? Saya sendiri tidak tahu. Namun sekiranya ditawarkan untuk buat baju nikah Dayang, sudah pasti saya sangat teringin.
Jika tanya saya impikan ke buat baju kahwin Dayang, jawapannya sudah pasti saya impikan.
Kalau Dayang berkahwin satu hari nanti dan pihaknya mengundang, saya akan hadir ke majlis persandingannya.
Terdahulu, Aizat memuat naik video di TikTok memaparkan proses dia menyiapkan busana untuk Dayang sehingga meraih pujian ramai.
Dalam perkembangan lain, Aizat membintangi drama terbitan Viu berjduul Di Sebalik Cahaya Raya yang turut menampikan Nabila Razali, Alia Azizul, Shahkimin dan ramai lagi.








