
Komposer dan penyanyi, Ajai mengumumkan bakal melancarkan lagu duet terbaharu bersama penyanyi berbakat besar, Nadeera.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ajai Puji Amira Othman, Tak Kosong Dalam Bidang Muzik – ‘Saya Suka Artis Yang Beri Pendapat’
Ajat ft Nadeera

Menerusi hantaran di Instagram, Ajai atau nama sebenar Mohamad Faizal Maas, 50, bersyukur proses rakaman berjalan lancar selain memuji kualiti vokal dimiliki Nadeera.
Alhamdulillah. Selesai recording dengan Nadeera. Saya hendak berkongsi seni dengannya. Melamarnya berduet bersama sama untuk lagu terbaharu.
Nadeera, awak mempunyai kawalan suara yang bagus setiap kali capai notasi tinggi. Saya harap semuanya dipermudahkan.
Dalam hantaran sama, Ajai turut memuat naik beberapa foto ketika mereka di studio rakaman untuk tontonan peminat.
Menyaksikan sendiri jerit perih dilalui penyanyi bertubuh genit itu sejak dahulu, Ajai memuji semangat juang Nadeera yang tidak pernah berputus asa dalam mengejar impian.
Seorang insan seni yang bersuara merdu dan tinggi. Mengenalinya sejak dari dahulu lagi ketika dia memasuki beberapa pertandingan nyanyian.
Dia tidak pernah berputus asa, sebab dia percaya pada bakat besar yang dimilikinya. Saya seronok melihat pencapaiannya sekarang.
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat tidak sabar menantikan karya tersebut.
Sumber: Instagram








