![]()
Ingat tak minggu lalu kami ada kongsikan luahan Ajak terhadap pengorbanan isterinya? Hasil perkongsian tersebut, ramai wanita di luar sana yang tidak henti-henti memuji pribadi Ajak yang cukup memahami dan menghargai seorang wanita yang bergelar isteri.
Artikel Berkaitan : Ajak Shiro Kongsi Kisah Perngorbanan Isterinya Yang Sangat Menyentuh Hati
Namun perasaan kami sekali lagi kembali terkesan apabila melihat foto terbaru yang dikongsi oleh Ajak dan sempena hari jadi isterinya. Dalam kelakar, terbit rasa kagum dengan hubungan yang dibina sejak tingkatan 1!
Ingat Tak Kita Kenal Masa Form 1?
Beberapa hari yang lalu Ajak ada berkongsi foto dan ucapan khas sempena ulangtahun kelahiran isterinya. Namun apa yang menarik perhatian kami ialah kisah perkenalan mereka yang bermula di bangku sekolah seawal tingkatan 1!
Fuhh, kira cinta pandang pertama membawa kepada perkahwinan lah ni?
Terima Kasih Boyfriend/BFF/Husband
Salam n selamat pagi… Terima kasih Boyfriend aka BFF aka En.Husband wish birthday kat ibu???? Terima kasih juga kat sesiapa y wish HB n mendoakan kesejahteraan saya n kebahagiaan kami sekeluarga???????? Maaflah lambat ucap terima kasih kat baba tayang n u alls, maklumlah org pantang nie loading nya lama sikit..???? Apapun,hehe???? xde gambar baru so letak jerk gambar oldschool terus. Kalau letak gambar biodata baba masa ting 1,demam kuning baba dibuatnya nanti..hahaha???????? @ajakshiro @ajaklovers_official @afifahaminfc @hadthaqiffc @jadthaqiffc A photo posted by Afifah Amin (@afifahamin) on Mar 29, 2015 at 5:38pm PDT
Kami sempat jenguk Instagram isteri Ajak, kali ini memang kelakar sebab si isteri turut berkongsi foto ketika mereka di bangku sekolah. Jadi cerita Ajak tadi memang betullah! Memang rare kisah percintaan mereka berdua ini!
Iyalah mungkin ramai pasangan yang bercinta di alam persekolahan dan akhirnya mendirikan rumah tangga tapi kenal sejak tingkatan 1 ada ke?
Harap hubungan Ajak dan pasangan terus berkekalan sehingga ke anak cucu! Kami tumpang gembira!
P/S : Lelaki kelakar ini memang sweet eh?








