Anggota kumpulan Rare iaitu Ropie, Ajak Shiro dan Ilya membuat satu permohonan maaf secara terbuka berkenaan isu sindiran sewaktu melakukan persembahan di pentas akhir Maharaja Lawak Mega 2019 tahun lalu.
Menerusi satu sidang media yang dilakukan hari ini, ketiga-tiga ahli kumpulan tersebut memberitahu bahawa mereka tidak mempunyai sebarang niat mahupun hendak menyinggung mana-mana pihak. Tambah mereka, kejadian tersebut akan diambil sebagai pengajaran buat masa hadapan.
Menyatakan rasa kesal
https://www.instagram.com/p/B8QKFoxJEMd/
Menurut Ilya, dia meluahkan perasaan kesal terhadap apa yang belaku pada malam tersebut dan kebanyakan penonton pasti akan tersinggung dengan persembahan mereka. Manakala, Ajak pula memberitahu insiden yang berlaku itu meninggalkan kesan yang besar terhadap kumpulan mereka.
Insiden tersebut juga memberikan impak besar juga kepada kami kerana kami tanpa sengaja telah turut menyinggung Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan juga kerajaan negeri Selangor. Kami telah mengambil iktibar terhadap apa yang berlaku dan akan lebih berhati-hati di persembahan yang akan datang. Kami juga berharap apa yang berlaku ini menjadi pengajaran buat kami bertiga.
Lawak berbentuk sindiran
Terdahulu, kumpulan Rare telah melakonkan satu babak komedi di pentas akhir di mana isu tulisan jawi dan cina dijadikan bahan. Di samping itu, mereka turut menggunakan penapis air sebagai bahan jenaka bagi mengenal pasti kadar neutral dan kandungan pH air tersebut.
Sumber: Hlive