Isteri mana yang tak sayangkan suami. Begitulah perumpamaan yang sesuai boleh dikaitkan dengan kejutan yang dilakukan oleh Afifah Amin kepada suami tercinta iaitu pelawak terkenal Ajak Shiro. Afifah membuat kejutan sambutan hari kelahiran Ajak di rumah mereka.
Menerusi Instagram Afifah, dia berkongsi detik dia membuat kejutan dan ‘prank’ ke atas Ajak demi menyambut hari kelahirannya. Bukan setakat kejutan menerima kek, Ajak turut menerima hadiah sebuah motosikal daripada isterinya. Sweetnya!
Ingatkan surprise tak jadi
https://www.instagram.com/p/B7A92OrjFEg/
Walaupun pada awalnya kejutan yang ingin dilakukan tidak mengikut perancangan kerana Ajak pulang ke rumah lebih awal dari yang dijangkakan. Namun, isterinya masih mempunyai strategi lain untuk membuat Ajak terkejut.
Dapat hadiah moto baru
https://www.instagram.com/p/B7BAqgGDJQh/
Ajak dikejutkan lagi dengan hadiah dari isterinya yang merupakan sebuah motosikal idamannya. Menurut Ajak, dia telah lama memendam perasaan untuk memiliki motosikal tersebut. Dia sungguh tidak sangka yang isterinya memberi hadiah sebegitu rupa pada sambutan hari jadi.
Selamat hari jadi Ajak
https://www.instagram.com/p/B7AyCuSjche/
Sumber: Afifah Amin