Pelakon dan penyanyi, Naim Daniel memberitahu dia dalam proses mempersiapkan diri menjelang konsert Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37), Ahad ini.
Artikel Berkaitan: #AJL37: Sherry Alhadad & Jihan Muse Bakal ‘Letupkan’ Pentas AJL37
Artikel Berkaitan: #AJL37: Shila Amzah Mampu Bahagi Masa Untuk Bahagiakan Dia – ‘Yang Penting Kena Kekal Sihat’
Jadual yang padat
Ketika ditanya Oh Bulan! apakah persediaan yang sedang diusahakannya pada saat ini, Naim, 26, menjelaskan fokus utamanya adalah kesihatan dan bagaimana untuk mengekalkan stamina disebabkan oleh jadualnya yang agak padat.
Naim sebenarnya sudah pun selesai tentang konsep untuk lagu Mainan. Persiapan itu lebih kepada kesihatan sahaja. Jadi fokus lebih kepada nak bahagikan masa antara latihan AJL dan beberapa ‘show’ yang lain. Paling penting nak jaga stamina dan ‘fitness’ la sekarang.
Menurut Naim, dia akan melakukan persembahan yang berbeza kali ini. Disoal mengenai gimik, pelantun suara ‘Sumpah’ ini dilihat masih berahsia mengenai hal tersebut.
Pada tahun ini, Naim hanya mampu menjanjikan persembahan yang berbeza, untuk gimik atau apa-apa yang lain bergantung malam itu nanti. In Shaa Allah, Naim hanya mahu memberikan yang terbaik kepada semua penonton AJL nanti.
Tambah Naim, dia amat berharap supaya semua orang terutama peminatnya dapat hadir dan menyokong bakat penyanyi tempatan, terutamanya komposer dan penulis lirik di samping mendoakan kesihatan finalis yang bertanding agar dapat memberikan yang terbaik.
AJL37 ditaja oleh penaja utama, Alha Alfa Cosmetics yang akan disiarkan secara langsung TV3 dari Axiata Arena, Bukit Jalil, pada Ahad ini.