Pelakon dan pengacara, Jihan Muse berjaya mencuri tumpuan warga maya ketika tampil dengan imej mempersona dalam acara berprestij Anugerah Juara Lagu ke-37 semalam.
Artikel Berkaitan: #AJL37: Memang Gempak! Naim Daniel Bikin Penonton ‘Heart Attack’, Selamba Menyanyi Terbalik
Artikel Berkaitan: #AJL37: Aina Abdul Kongsi ‘Update’ Persembahan Malam Ini
Macam Mira Filzah
Menerusi perkongsian di TikTok @rizmanruzainiofficial, imej pengacara AJL ini mendapat pujian ramai apabila dilihat mirip pelakon jelita, Mira Filzah dari segi solekan dan gaya tudung yang dikenakan pada malam itu.
Bukan itu sahaja, ada juga antara netizen yang keliru melihat sosok pengacara berbusana merah jambu yang bergandingan dengan Sherry Alhadad itu kerana dari jauh dia kelihatan seperti Mira filzah.
Bagaimanapun, selepas mendengar suaranya dan melihat rakaman yang lebih fokus, barulah dapat dipastikan pengacara terbabit adalah Jihan Muse. Di samping itu, hos berusia 39 tahun ini turut dipuji semakin cantik meskipun baru sahaja melahirkan anak kedua.
Video
@rizmanruzainiofficial JIHAN MUSE in Rizman Ruzaini Couture at Anugerah Juara Lagu 37 #ajl37 #anugerahjuaralagu37 #rizmanruzaini #rizmanruzainicouture
Untuk info, acara Anugerah Juara Lagu ke-37 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil semalam menyaksikan Aina Abdul merangkul gelaran juara menerusi lagu Terus Hidup yang membawa pulang trofi dan wang tunai sebanyak RM100,000.
Sumber: Rizman Ruzaini