Penyanyi, Naim Daniel muncul dengan persembahan yang sungguh mengejutkan pada konsert Anugerah Juara Lagu ke-37 kali ini apabila menyampaikan lagu ‘Mainan’ dipertaruhkan dalam keadaan terbalik.
Artikel Berkaitan: #AJL37: Aina Abdul Kongsi ‘Update’ Persembahan Malam Ini
Artikel Berkaitan: #AJL37: Naim Daniel Fokus Jaga Kesihatan, Mahu Beri Yang Terbaik Kepada
Artikel Berkaitan: #AJL37: Ernie Zakri Bawa Watak ‘Ekstra’, Mahu Penonton Faham Cerita Di Sebalik ‘Korban’
Naim terbalik
Siapa sangka, penyanyi berusia 26 tahun ini merencanakan gimik nyanyian di luar kotak apabila bernyanyi terbalik dan dilihat tergantung pada tali yang diikat di kaki.
Bagaimanapun, difahamkan persembahan serta aksi terbabit dibantu oleh khidmat ahli-ahli profesional (stun man) yang bertanggungjawab mengatur teknik persembahan Naim sebentar tadi.
Bukan itu sahaja, host, Sherry Alhadad dan Jihan Muse yang turut terkejut melihat aksi dalam persembahan terbabit meluahkan rasa bimbang dan menasihati penonton agar tidak meniru aksi berkenaan.
Naim Daniel, Astaghfirullah Al ‘Azim, apa kau buat ni nak? Berderau jantung.
Jawapan sempoi
Sementara itu, pada hantaran di Instagram rasmi TV3 Malaysia, Naim dengan santai memberi jawapan keadaannya setelah selesai menyampaikan lagu secara terbalik.
Saya rasa nak makan tomyam seafood dekat Bangsar. Lapar.
Terdahulu, menerusi laporan Berita Harian, penyanyi yang pernah menjuarai Anugerah Juara Lagu-35 dengan lagu Sumpah ini menjanjikan aksi ‘gila’ ketika memaklumkan konsep persembahan pada kemuncak anugerah berprestij ini.
Ini persembahan paling ‘gila’ dan berani mati’ yang pernah saya lakukan. Apa yang saya cuba lakukan kali ini adalah untuk mendapatkan kepuasan. Ini kerana, AJL adalah pentas di mana pengkarya, komposer dan penyanyi cuba untuk tonjolkan karya mereka dengan lebih nyata.
Sumber: Berita Harian & TV3 Malaysia