berita

#AJL38: Kelab Peminat Aisha Retno Pilih Tema Jawa, Tempah Kelengkapan Dari Indonesia & China

March 1st, 2024 | by Shahrin
OB Eksklusif

Aisha Retno

Kelab peminat penyanyi Aisha Retno yang dikenali sebagai Aishalicious bakal menggayakan pakaian berkonsepkan Jawa pada malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL 38), Ahad ini.

Artikel Berkaitan: #AJL38: Aisha Retno Bakal Bawa 30 Penari Atas Pentas, Nafi Kurus Kerana Bahan Terlarang

Artikel Berkaitan: Jom Jumpa 12 Finalis AJL 38 Di ‘Meet & Greet Paling Ikonik’ 4 Februari Ini!

Tema Jawa

Aisha Retno

Menurut ketua kelab Aishalicious iaitu Yana Othman, tema tersebut dipilih bersesuaian dengan konsep lagu yang bakal dibawakan Aisha berjudul Sutera.

Tema malam AJL 38 adalah berkonsepkan budaya bangsa Jawa. Sesuai dengan konsep persembahan AJL Aisha iaitu ‘Javanesse Princess’ dan kami pula ala-ala rakyat jelata kepada puteri tersebut.

Peminat lelaki ada yang akan memakai heandband sundanese dan t-shirt FC. Sebahagian lagi fans lelaki akan memakai batik etnik Jawa dan headband sundanese.

Ada fans wanita akan memakai t-shirt FC beserta bunga hiasan kepala iaitu bunga plumeria putih. Sebahagian lagi akan memakai kain batik Jawa design ala-ala kimono atau kebaya beserta hiasan kepala bunga jurai jasmine putih.

Dalam pada itu, Yana berkata dia menempah barangan tersebut dari Indonesia dan China.

Untuk sundanese headband, saya menempahnya dari negara seberang, Indonesia. Begitu juga dengan kain batik Jawa wanita dan lelaki keduanya juga dari Indonesia.

Bunga plumeria tempah dari negara china, manakala bunga jurai jasmine kami tempah dari kedai kostume terkemuka Malaysia.

Semua kos diberikan oleh Aisha separuhnya dan selebihnya daripada seorang peminat yang pemurah hati iaitu Syuk Fendi.

Fun fact lain, Aisha menaja tiket fans sebanyak 50 keping bagi menyokong dia di pentas AJL38 dan sebagai tanda penghargaan buat penyokongnya terutama Aishalicious.

AJL 38 bakal bersiaran secara langsung dari Dewan Axiata Arena, Bukit Jalil dan saluran TV 3, jam 9 malam, pada 3 Mac ini.

SKIP THIS AD ×