berita

#AJL38: ‘Top 3 Vokal Terbaik Adalah Aina, Ernie & Marsha! Jarak Markah Agak Jauh’ – Ketua Juri

March 4th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

AJL 38

Ketua juri Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL 38), Datuk Mokhzani Ismail mendedahkan penyanyi Ernie Zakri dan Marsha Milan merupakan pencabar terdekat Aina Abdul bagi anugerah Vokal Terbaik.

Artikel Berkaitan: #AJL38: ‘Hasrat Juara Kerana Lagu Itu Lain Daripada Yang Lain, Major Yang Berkualiti’ – Ketua Juri

Artikel Berkaitan: #AJL38: ‘Dia Sangat Konsisten Daripada Awal Sehingga Habis’ – Ketua Juri Jelaskan Sebab Aina Abdul Menang Vokal Terbaik

Top 3 vokal terbaik

Bagaimanapun kata Mokhzani, jarak markah yang diperolehi ketiga-tiga penyanyi itu agak jauh.

Lagu Aina menyerlahkan kekuatan vokal dia pada malam tersebut. Ernie agak bagus tapi juri berpendapat pengubahan lagu dia itu agak overdo. Berlainan daripada original.

Vokal top 3 ialah Aina Abdul, Ernie Zakri dan Marsha. Jarak antara markah mereka juga jauh.

Dalam pada itu, Mokhzani menjawab dakwaan segelintir pihak yang mengatakan barisan juri sengaja menidakkan kemenangan Ernie menerusi lagu Astana.

Dakwaan itu tidak benar. Saya sendiri sudah banyak kali bekerjasama dengan Ernie. Banyak kali saya gunakan khidmat dia.

Pertandingan ini berpandukan kepada lagu, penyanyi hanya menyampaikan sahaja. Kalau naskhah itu bagus, jadi baguslah.

Ernie seorang penyanyi yang hebat, dia pergi sekolah dan belajar. Jadi saya rasa dia mampu. Sekarang dia juga sudah menulis lagu dan banyak karya dia mendapat tempat di final AJL. Saya tidak menidakkan kebolehan dia.

Terdahulu, lagu Hasrat nyanyian Amir Jahari diumumkan sebagai juara AJL 38 sekali gus membawa pulang trofi dan wang kemenangan berjumlah RM100,000.

Dalam pada itu, lagu Sutera nyanyian Aisha Retno diangkat sebagai naib jura dan berjaya membawa pulang trofi serta wang tunai RM50,000. Aisha juga diumumkan sebagai pemenang Persembahan Terbaik dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM12,000.

Menduduki tempat ketiga pula adalah lagu Jangan Mati Rasa Itu nyanyian dan ciptaan sepenuhnya Aina Abdul, sekali gus menerima wang tunai RM30,000 berserta trofi. Aina turut membawa pulang trofi Vokal Terbaik dengan membawa pulang trofi dan wang tunai RM12,000.

SKIP THIS AD ×