
Penyanyi Amir Masdi meluahkan penghargaan kepada semua pihak yang memberikan sokongan terhadap dirinya selepas beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40).
Artikel Berkaitan: AJL40: Saingan ‘Vokal Terbaik’, Amir Masdi Akan ‘Full Throttle’ – ‘Ada Perasaan Mahu Bawa Pulang Trofi’
Artikel Berkaitan: ‘Mak Nak Saya Kahwin Umur 30 Tahun’ – Amir Masdi Masih Belum Temui Calon Isteri
Amir Masdli luah rasa syukur
View on Threads
Menerusi hantaran di Threads, Amir menzahirkan penghargaan atas sokongan, doa dan harapan peminat yang mengharapkan lagu Nurcinta meraih kejayaan di pentas AJL40.
Penghargaan terbesar saya adalah untuk anda semua. Terima kasih banyak kepada semua yang mendoakan, menyokong dan berharap Nurcinta membawa sesuatu pulang malam tadi.
Saya membaca mesej-mesej anda dan sejujurnya, saya sangat bersyukur dengan semua kasih sayang yang diberikan.
Menurut Amir, dia bersyukur kerana berpeluang untuk berdiri di pentas berprestij itu dan memberikan yang terbaik menerusi persembahan Nurcinta.
Bagi saya, dapat berdiri di pentas AJL40 dan memberikan segala yang saya ada untuk Nurcinta sudah menjadi sesuatu yang akan sentiasa saya syukuri.
Tahniah kepada semua pemenang dan semua yang telah memberikan yang terbaik di pentas tersebut malam tadi.
Dalam pada itu, Amir berkata, dia akan terus berusaha untuk memperbaiki diri dan meningkatkan mutu persembahannya selepas ini.
Insya-Allah, saya akan terus belajar, terus memperbaiki diri dan bekerja lebih keras. Banyak lagi yang boleh diperbaiki dan saya berharap ini bukan kali terakhir anda melihat saya di pentas itu.
Amir turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang sentiasa memberikan kepercayaan kepadanya, selain terus menyokong perjuangannya hingga ke penghujung pertandingan.
Terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan dan akhirnya terima kasih kepada semua peminat saya yang disayangi.
Amir Masdi United, anda semua adalah tulang belakang dan sistem sokongan saya untuk terus kuat dalam industri ini. Saya sayang anda semua.
Sumber: Threads Amir Masdi







![[VIDEO] Budak 46 Beri Hadiah Istimewa Untuk Adik, Undang Sebak Netizen – ‘Betapa Ikhlasnya Dia’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/budak46.jpg)
![[VIDEO] Isu Hantaran RM1 Juta, Abiejam Terguris Hati Dengan Kenyataan Wak Doyok – ‘Saya Tak Pernah Minta Simpati’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/New-Latest-Default-Image-2026-08-17T171937.713.png)