Sebentar tadi Yang Berhormat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin, mengumumkan penghantaran vaksin jenis Pfizer dan Biotech akan bermula bulan ini. Namun, suntikan vaksin ini akan diberikan mengikut kategori yang telah ditetapkan dan kadar keberkesanaan vaksin ini mencapai pada tahap 95 peratus.
Pada masa yang sama, YB Khairy Jamaluddin, akan dilantik sebagai Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, bagi menyelaras program pemberian vaksin ini kepada orang ramai.
3 fasa pemberian vaksin
Jelas Muhyiddin, sebanyak 26.5 juta rakyat Malaysia akan menerima vaksin Covid-19 yang akan diberikan secara percuma. Fasa pertama diagihkan kepada barisan petugas hadapan yang bermula Mac hingga April 2021. Bagi fasa ini, akan melibatkan satu jumlah yang besar iaitu 500,000 petugas barisan hadapan yang terdiri daripada petugas kesihatan dan petugas bukan kesihatan.
Fasa ini amat penting untuk melindungi frontliners kita yang berada di barisan hadapan dalam memerangi pandemik Covid-19.
Manakala, bagi penerima fasa kedua terdiri daripada golongan yang berisiko tinggi seperti warga emas dan golongan rentan iaitu mereka yang berusia 60 tahun ke atas. Tambahan pula, mereka yang mengalami masalah morbiditi seperti penyakit jantung, obesiti, diabetes, tekanan darah tinggi dan golongan orang kelainan upaya (OKU) turut termasuk di dalam fasa ini. Fasa kedua ini memperuntukkan sebanyak 9.4 juta penerima vaksin dan akan mula diagihkan bermula April hingga Ogos 2021.
Bagi fasa ketiga, akan mula diagihkan kepada golongan awam yang berusia 18 tahun ke atas bermula Mei hingga Feb 2022. Fasa ini disifatkan sebagai penting untuk melindungi kelompok atau herd immunity dan seterusnya mengawal pandemik ini secara menyeluruh.
Pada masa yang sama, Muhyiddin, turut menggesa orang ramai untuk terus patuh akan standard operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan dalam melandaikan kes Covid-19. #KitaJagaKita #PatuhSOP #KitaPastiMenang.
We are all in this together, and only together can we win. Lindung diri, lindung semua.