berita

‘Akhirnya Benar-Benar Berlaku…’ – Azwan Ali Dedah Haziq Pernah Ajak Sekongkol Jatuhkan Azmin

June 13th, 2019 | by faris
Kini Trending

Kontroversi melanda Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali apabila video seks sejenis miripnya tersebar di laman sosial awal pagi semalam. Azmin bagaimanapun telah tampil dan menyatakan video itu adalah tuduhan jahat dan kejam ke atasnya.

Adik kepada bekas Menteri Besar Selangor itu, Azwan Ali pula mendedahkan pertemuannya dengan individu yang mendakwa terbabit dalam video tersebut, Haziq Aziz sebelum isu ini panas diperkatakan.

Diajak jatuhkan abang

Menurut Azwan kepada Malaysiakini, Haziq pernah berjumpanya sebelum pilihanraya umum lalu dan individu itu mengajaknya bersekongkol untuk menjatuhkan Azmin. Tambah Azwan lagi, Haziq bersumpah untuk menjatuhkan abangnya itu ‘pada bila-bila masa’.

Dia mendakwa berkawan baik dengan Azmin dan bersumpah pada saya untuk jatuhkan abang saya pada bila-bila masa.

Akhirnya ia benar-benar berlaku. Nampak tak perancangan mereka?

Tak rasa video palsu

Azwan bagaimanapun meluahkan rasa lega dengan pendedahan video panas tersebut dan menyatakan mempunyai sebab tersendiri untuk tidak dalam komplot dirancang.

Baguslah mereka buat perkara begini untuk buka mata rakyat yang buta ni, well done, dan saya tak rasa video itu palsu.

Selebriti yang dikenali sebagai Diva AA ini mengakui cukup kenal dengan hati budi abangnya itu dan menganggap apa yang berlaku sebagai kifarah buat Azmin yang didakwa pernah menfitnahnya sebelum ini.

Ini karma Tuhan bayar tunai sebab hina saya depan Mak Tom, ia juga jadi punca saya tak lawat mak waktu mak sakit sampai dicap anak derhaka.

Sumber: Malaysiakini

The following two tabs change content below.

faris

Content champion at Rev Asia
Self-proclaimed foodie yang mahu salam cium tangan pencipta Horlicks Mcflurry.