Lazimnya, selalu media melaporkan bapa yang mencabul anak perempuannya sendiri. Namun, lain pula kes yang terjadi di Indonesia, apabila seorang ibu sanggup mencabul anak kandungnya sendiri yang baru sahaja berusia dua tahun.
Bukan itu sahaja, kegiatan tidak bermoral yang dilakukan oleh wanita itu turut dirakam menerusi telefon bimbitnya. Kejadian ini dipercayai berlaku pada Jun tahun yang lalu.
Sudah ditahan pihak polis
Foto: INews
Menerusi laporan yang dipetik daripada INews, wanita yang digelar sebagai NHJ, sudah ditahan oleh pihak polis susulan dakwaan mencabul anaknya sendiri. Kisahnya bermula apabila wanita ini merakam aktivitinya mencabul anaknya sendiri dan video tersebut dihantar kepada suaminya yang sedang berada di rumah isteri pertama di Pulau Lombok.
Malahan, video tersebut dihantar sebagai ‘pesanan’ buat suaminya bahawa dia (suspek) menginginkan nafkah batin daripada suaminya. Difahamkan, pasangan ini berpisah seketika akibat Covid-19 dan si suami tidak dapat melayan permintaan suspek untuk melakukan hubungan kelamin.
Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua apabila perbuatannya terbongkar. Video kerakusannya itu, telah tersebar dan diketahui oleh anaknya yang lain. Susulan daripada itu, ahli keluarganya yang lain terus membuat laporan polis berhubung kes pencabulan yang berlaku.
Segala bukti ada
Sekadar gambar hiasan
Ketika penangkapan dibuat, pihak polis berjaya merampas video aksi lucah berkenaan, kad memori, dua kad SIM, kad keluarga serta surat beranak anaknya sebagai bahan bukti. Namun, apa yang lebih mengejutkan apabila suspek mengaku dia nekad untuk mencabul anaknya yang masih kecil berikutan dia sudah lama tidak mendapat layanan ‘istimewa’ daripada suami sendiri.
Alasan ibu berkenaan adalah kerana sudah lama tidak dapat nafkah batin daripada suaminya yang tidak pulang akibat pandemik.
Jika suspek didapati bersalah, suspek akan berdepan dengan hukuman maksimum 15 tahun penjara bersama denda. Pada masa yang sama, suspek hanya mendiamkan diri dan menangis apabila diajukan soalan oleh wartawan.
Sumber: INews