Seorang individu berpendapat golongan lelaki jarang menyesal dalam perkahwinan kerana kebanyakan urusan rumah tangga diuruskan oleh isteri.

Artikel Berkaitan: ‘Suami Tak Solat Antara Alasan Cerai Yang Famous’ – Peguam Syarie

Artikel Berkaitan: ‘Suami Lafaz Cerai Kerana Kucing Isteri Kejar Burung Hantu Yang Dibela’ – Peguam

Kes cerai

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, individu berkenaan berpendapat rata-rata wanita lebih cenderung menyesali perkahwinan kerana terbeban menguruskan kehidupan berumah tangga.

Tak pernah lagi dengar lelaki menyesal kahwin. Tahu tak kenapa? Sebab tiada motif lelaki menyesal.

Kalau nak makan orang sediakan, malam-malam ada orang layan. Pakaian ada orang cuci. Itu belum masuk lagi bab kewangan, pun ada orang tanggung.

Jadi, tiada sebab untuk menyesal melainkan lelaki itu sendiri yang bermasalah. Sebab itu kita selalu dengar ramai yang menyesal kahwin mesti perempuan. 

Bagaimanapun, ciapan tersebut meraih perhatian seorang peguam syarie yang meluahkan kebimbangan terhadap hala tuju rumah tangga generasi akan datang.

Dalam pada itu, peguam yang dikenali sebagai Naim menitipkan pesanan agar tidak lagi mempertikaikan siapa yang lebih menyesal sebaliknya berkongsi panduan untuk menjadi isteri yang taat.

Saya tak boleh bayangkan rumah tangga generasi akan datang macam mana kalau perempuan berfikiran macam ini.

Tak cukup tangan peguam syarie uruskan kes cerai ni. Sudahlah persoal siapa paling menyesal kahwin. Tiada faedah.

Lebih baik bagi tips macam mana nak jadi isteri yang taat zaman sekarang.  

Sumber: Threads @peguamsyarienaim