
Gambar sekadar hiasan
Seorang guru di Pangandaran, Jawa Barat didakwa menjual aset sekolah tempatnya mengajar yang bernilai IDR 237 juta akibat ketagihan bermain judi.
Artikel berkaitan: Wanita Rugi Lebih RM180,000, Bekas Suami Kaki Judi Senyap-Senyap Guna Nama Buat Pinjaman Hutang
Artikel Berkaitan: Atuk Kaki Judi Tergamak Culik Cucu Sendiri & Minta Wang Tebusan Pada Anak
Jual aset sekolah

Gambar sekadar hiasan
Menerusi laporan Kompas, Ketua Pendakwa Raya Kabupaten Ciamis, Soimah berkata, aset yang dijual guru itu adalah perisian, namun tidak dijelaskan dengan lebih lanjut mengenai perisian itu.
Aset tersebut telah dijual kepada seorang individu yang dinamakan sebagai GS pada tahun 2021.
Menurut keterangan yang bertulis, Soimah berkata duit dari perisian yang digelapkan digunakan sebagai modal untuk perjudian slot online (dalam talian).
Kedua-dua suspek didakwa telah melakukan rasuah mengikut undang-undang rasuah negara itu.
Selepas proses pemfailan selesai, kes ini akan dipindahkan ke Mahkamah Rasuah Bandung untuk dibicarakan.
Sumber: Kompas

![[VIDEO] Pekerja Coffee Bean Fasih Bertutur Bahasa Korea Curi Perhatian Warganet](https://media.says.com/2026/09/yu9GYzFz-download.png)





![[VIDEO] Khairul Aming Menangis Kenang Arwah Bapa – ‘Dulu Nak Beli Ubat Tak Ada Duit, RM50 Pun Saya Tak Mampu Nak Bagi’](https://asset.ohbulan.com/2026/09/khairul-aming-.jpg)
