berita

Wanita Rugi Lebih RM180,000, Bekas Suami Kaki Judi Senyap-Senyap Guna Nama Buat Pinjaman Hutang

August 11th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Tanggung Hutang Suami

Gambar sekadar hiasan

Gara-gara bersuamikan seorang kaki judi, seorang wanita terpaksa menanggung bebanan hutang bekas suaminya walaupun sudah bercerai.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] A Aida Tuntut Hutang RM1.3 Juta Dari Datuk ‘S’ – ‘Sampai Lubang Cacing Aku Cari!’

Artikel Berkaitan: Wanita Ditemui Separuh Bogel Dengan Kepala Dicukur, Didakwa 12 Tahun Dikurung Suami

Guna telefon isteri

Tanggung Hutang Suami

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan Kompas.com, Indriyani yang berasal dari Kabupaten Bogor, Indonesia mendedahkan bahawa bekas suaminya itu membuat pinjaman wang kerana ketagihan judi.

Untuk kerugian peribadi saya adalah sebanyak 20 juta Rupiah (RM6,246) hingga 30 juta Rupiah (RM9,036). Tetapi jumlah kerugian keseluruhan mencecah 600 juta Rupiah (RM180,738).

Simpanan dan pinjaman dalam talian adalah atas nama saya.

Indriyani mendakwa bahawa suaminya banyak melakukan penyelewengan dengan menggunakan telefon bimbitnya untuk memohon pinjaman secara atas talian.

Bagaimanapun dia tidak menyedari telefon bimbitnya digunakan suami sehinggalah dia menerima satu bungkusan hamper menerusi alamat rumahnya.

Indriyani terkejut setelah mengetahui bungkusan tersebut dihantar oleh penganjur judi atas talian.

Difahamkan beberapa aset tergadai termasuk kenderaan wanita itu akibat perbuatan suaminya.

Dalam masa yang sama, Indriyani masih perlu untuk menjelaskan baki hutang bekas suami yang menggunakan namanya sebagai peminjam walaupun mereka sudah disahkan bercerai di Mahkamah Daerah.

Sumber: Kompas.com

SKIP THIS AD ×