Foto: Gempak
Pelakon terkenal, Ben Amir diperintah membayar RM 100,000 sebagai ganti rugi kepada syarikat produksi Elisa Vision Sdn Bhd.
Selesai cara baik
Foto: Ben Amir
Ben atau nama sebenarnya Muhammad Amir Sabaruddin hadir memakai suit lengkap berwarna biru enggan ditemu ramah di luar mahkamah pihak media.
Semua dah selesai, itu sahaja no comment…selesai cara baik.
Ketika perbicaraan, Ben bersetuju membayar RM100,000 kepada pihak produksi Elisa Vision Sdn Bhd.
Pada 27 Mac 2020, pihak produksi mendakwa pelakon Ben Amir pulang ke Malaysia secara sendirian meninggalkan semua kru produksi dan pelakon yang sedang menjalankan penggambaran di Scotland. Tindakan tersebut dianggap sangat tidak bertanggungjawab dan dianggap mementingkan diri.
Selain itu, dikatakan pelakon tersebut juga enggan menyiapkan baki penggambaran drama tersebut di Malaysia, sekali gus tempatnya digantikan dengan pelakon lain serta penggambaran semula harus dijalankan oleh pihak produksi.
Sumber: Gempak