
Kehadiran penyanyi dan pelakon Korea Selatan, Kim Myung Soo, ke Malaysia bagi menjayakan Fan-Con Asia Tour Unchanged in Kuala Lumpur baru-baru ini nyata meninggalkan kenangan tersendiri buat dirinya.
Artikel Berkaitan: Cuaca Tak Jadi Halangan, Barisan Pelakon ‘The Season’ Teruja Jalani Penggambaran Di Hong Kong
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Lee Je Hoon, Pyo Ye Jin Kongsi Babak Aksi Penuh Kejutan & Cabaran Dalam Taxi Driver 3
Konsert bersama peminat

Menerusi sebuah temu bual eksklusif, Kim Myung Soo mengakui dirinya masih berasa gementar setiap kali bertemu peminat namun gembira apabila melihat keterujaan mereka.
Buat pertama kalinya selepas 16 tahun sejak debut, saya akhirnya dapat mengadakan jelajah konsert ‘Unchanged’.
‘Unchanged’ bermaksud sesuatu yang tidak berubah langsung. Walaupun selepas 16 tahun berkecimpung dalam industri, sama ada dari aspek luaran, dalaman ataupun mungkin secara keseluruhannya.
Dalam masa sama, Kim Myung Soo juga berkongsi momen yang tidak akan dilupakan semasa para peminat menyambutnya di lapangan terbang.
Sejujurnya, dalam situasi seperti itu saya sebenarnya boleh sahaja panik, namun peminat menyanyikan lagu, “How Can I Not Love You”, untuk saya.
Ini merupakan pengalaman yang sangat unik dan pertama kali saya lalui sepanjang 16 tahun bergelar selebriti. Ia sangat bermakna dan akan kekal sebagai kenangan yang saya ingat sampai bila-bila.
Bercerita lanjut, anggota kumpulan Infinite berkata, dia juga mahu mencuba menikmati makanan lokal negara ini.
Saya dengar sate di sini sangat sedap. Malah, saya nampak ada gerai sate betul-betul di hadapan tempat ini semasa dalam perjalanan ke lokasi temu bual.
Jadi selepas ini saya akan pergi mencubanya.
Selepas makan nanti, saya pasti akan cakap, ‘sate sedap!’
Love In Sync

Sementara itu, Kim Myung Soo atau L, turut mengulas tentang drama terbaharunya iaitu Love In Sync yang mengetengahkan genre romantik komedi.
Sebagai seorang kaunselor psikologi dalam drama ini, saya belajar banyak perkara tentang individu yang mempunyai kecenderungan dan personaliti yang berbeza daripada saya.
Saya belajar bagaimana untuk lebih memahami perasaan orang lain, melayan mereka dengan lebih baik, berkomunikasi dengan lebih berkesan dan berinteraksi dengan pelbagai jenis individu.
Kim Myung Soo turut berkongsi pengalamannya pertama kali bergandingan dengan Kang Min Ah. Menurutnya, mereka banyak meluangkan masa menjalani sesi pembacaan skrip sebelum penggambaran bermula, sekali gus membantu membina keserasian.
Ini merupakan kali pertama saya bekerjasama dengan Kang Min Ah. Kami banyak melakukan sesi pembacaan skrip sebelum memulakan penggambaran.
Disebabkan itu, kami sudah menjadi rapat sebelum penggambaran bermula. Oleh sebab kami sudah selesa antara satu sama lain, keserasian saya dan dia jelas dapat dilihat dalam banyak babak.
Saya sangat seronok membaca skripnya. Penonton akan melihat perkembangan emosi setiap watak, pelbagai insiden yang berlaku serta banyak lagi elemen menarik yang menanti. Saya harap anda semua akan menonton.
Untuk info, Love In Sync mengisahkan sebuah kisah cinta unik yang sarat dengan elemen empati, perasaan dan emosi, membabitkan dua watak utama yang diterajui oleh Kim Myung Soo dan Kang Min Ah.
Jangan lupa saksikan kesemua episod Love In Sync di platform Viu.








