berita

Akibat Penularan Varian Omicron, Perdana Menteri New Zealand Terpaksa Batal Perkahwinan Sendiri

January 24th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern terpaksa membatalkan majlis perkahwinannya sendiri selepas sekatan baharu Covid-19 diumumkan bagi mengawal penularan varian Omicron.

Seluruh negara dibawah sekatan amaran merah

Foto: BBC

Memetik laporan BBC, seluruh New Zealand diletakkan di bawah sekatan Covid-19 paling ketat iaitu sekatan amaran merah selepas sembilan kes varian Omicron dikesan dalam negara itu.

Antara peraturan di bawah sekatan baharu itu termasuk had 100 individu lengkap divaksin dalam sesebuah acara serta wajib memakai pelitup muka di dalam kedai dan pengangkutan awam.

Susulan pengumuman itu, Ardern turut mengesahkan perkahwinannya dengan pengacara televisyen, Clarke Gayford tidak akan diteruskan.

Ada rakyat New Zealand yang mengalami pengalaman yang lebih buruk berbanding saya ekoran impak pandemik. Ada yang langsung tidak dapat bersama dengan yang tersayang walaupun mereka mungkin berada di dalam keadaan yang tenat. Apa yang saya alami tidak dapat dibandingkan dengan kesedihan mereka.

Negara tersebut merekodkan sembilan kes varian Omicron dalam sebuah keluarga yang mengembara antara bandar bagi menghadiri majlis perkahwinan, kemudian berjangkit dengan seorang pramugari dalam pesawat yang mereka naiki.

Oleh itu, New Zealand terpaksa melaksanakan sekatan amaran merah bermula 24 Januari 2022.

Sumber: BBC

SKIP THIS AD ×