berita

[VIDEO] Mimi Lana Bersederhana Dalam Emosi, Kekal Profesional Dengan Syafiq Kyle – ‘Boleh Memaafkan Tetapi Tidak Melupakan’

March 26th, 2024 | by Alia
Kini Trending

mimi lana

Walaupun impian untuk mendirikan rumah tangga tidak dapat diteruskan, namun pelakon Mimi Lana masih menjaga hubungan yang baik dengan Syafiq Kyle.

Artikel Berkaitan: Syafiq Kyle & Mimi Lana Dah Getback? Kantoi Keluar Makan Bersama

Artikel Berkaitan: ‘Putus Cinta Itu Rasa Sakitnya Seakan Waktu Berhenti’ – Mimi Lana

Hubungan masih baik

Ketika ditemui OhBulan!, Mimi atau nama sebenarnya Rozaiana Zainal Abidin tidak menafikan emosinya terganggu dan berdepan dengan fasa sedih ketika tempoh sukar itu. Namun, Mimi memilih untuk menghadapinya secara sederhana.

Saya rasa sebagai seorang wanita saya dah cuba sebaik mungkin. Sudah tentulah saya sedih, perasaan itu saya tak boleh tipu. Tetapi kita perlu bersederhana supaya ianya tidak terbawa-bawa sehingga mengganggu kehidupan, orang lain dan juga kerjaya.

Menurut aktres berusia 29 tahun ini, dia optimis dengan ketentuan yang telah berlaku kepadanya meskipun ianya bukanlah satu hal yang mudah.

Kalau nak cakap pasal pulih ni, sampai bila-bila pun tak pulih. Apabila kita berada dalam situasi itu, kita boleh memaafkan dan terima tetapi tidak melupakan.

Ini semua sudah tertulis, saya bersyukur dapat mengatasi semuanya dengan baik. Mungkin Allah nak beri yang lebih baik untuk saya pada masa akan datang.

Disoal tentang kerjasama yang dijalinkan bersama Syafiq selepas membatalkan perkahwinan, Mimi berkata dia perlu profesional dalam kerjaya.

Kami tak ambil masa yang lama untuk bersemuka semula, sebab kami saling mengenali sejak sembilan tahun lalu. Kami dah matang dan tahu macam mana untuk menyelesaikan masalah dengan cara yang baik.

Kami masih berjumpa sebab banyak sangat projek bersama. Nak tak nak industri ini kecil, jadi perlu profesional. Saya tak ada masalah bergandingan dengan Syafiq.

Bagaimanapun, Mimi memilih untuk tidak mengulas dengan lebih lanjut berkenaan punca sebenar mengapa perkahwinannya dibatalkan.

Mimi berkata demikian ketika ditemui di set penggambaran drama First Wife di Putrajaya pada Isnin.

Bawa watak komedi

mimi lana

Dalam perkembangan lain, Mimi memaklumkan dia senang untuk membawa watak komedi di dalam drama tersebut walaupun pada awalnya wujud perasaan gementar.

Ini adalah kali pertama saya bawa watak bergenre komedi, saya rasa seronok dan selepas ini saya akan lebih yakin untuk terima tawaran watak yang sama.

Saya berasa gementar sebab saya bukanlah seorang yang kelakar tetapi ketika di set penggambaran ramai yang ketawa dengan watak ini.

Drama yang berkisarkan tentang kuasa wanita dan pengkhianatan suami itu turut dibintangi oleh Malek Mccrone, Andy Teh, Melissa Campbell, Charles Roberts dan Carmen Soo.

Terdahulu, majlis pernikahan pasangan pelakon ini yang dijadualkan berlangsung pada 18 Ogos 2023 telah pun dibatalkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Untuk rekod, Syafiq dan Mimi pernah putus cinta selepas lima tahun menjalinkan hubungan namun hati mereka kembali bertaut setelah berkongsi foto majlis pertunangan di media sosial masing-masing sekitar Januari tahun lalu.

@ohbulanofficial

Stay strong Mimi ?#ohbulan #fyp #mimilana #syafiqkyle

? original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

SKIP THIS AD ×