berita

Akibat Terlampau Sayang, Maruah Tergadai. Saksikan Drama Terbaru Lakonan Scha Elinnea & Hisyam Hamid!

May 20th, 2022 | by Syamirul
Kini Trending

Sebuah drama bersiri terbaru berjudul Kerana Aku Isteri Bidaan telah membuka tirainya di slot Samarinda TV3 dan di aplikasi iQiyi bermula 16 Mei ini, jam 11 malam.

Drama bersiri ini merupakan sebuah drama yang diinspirasikan dari sebuah novel terkenal karya Tulip Ungu yang diarahkan oleh Rahim Azli. Jangan lupa saksikan gandingan hebat Hisyam Hamid dan Scha Elinnea yang memegang watak utama dalam drama ini.

Drama ini akan ditayangkan pada setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 10 malam di TV3 dan boleh di strim di aplikasi iQiyi sejam selepas tayangan TV. Bagi pelanggan VIP iQiyi, korang boleh akses episod baru sejam selepas siaran TV3, manakala bagi pelanggan percuma korang boleh strim 48 jam kemudian!

Jom kita tengok apa yang best sangat drama Kerana Aku Isteri Bidaan ni!

Tergamak jual kekasih sendiri di rumah pelacuran!

Drama ini mengisahkan tentang Raina (Scha Elinnea) seorang gadis kampung yang telah memfitnah Farel (Hisyam Hamid) demi kepentingannya tanpa menyedari tindakan ini bakal memerangkap dirinya sendiri sehingga tekad untuk melarikan diri dari suami yang baru mengawininya.

Hidup Raina bertukar gelap apabila terlalu percayakan kekasihnya, Aznor (Wan Ahmad) yang telah merancang untuk menjadikan Raina GRO di sebuah rumah pelacuran!

Agak gelap juga drama ni! Tapi, itulah realiti kehidupan diluar sana. Mesti korang akan terkejut lepas dapat tahu apa yang bakal terjadi dengan hidup Raina. Confirm korang tak kan menyesal kalau tengok drama bersiri ni.

Terpisah hampir 2 tahun, apakah yang bakal terjadi selepas ini?

Selepas hampir 2 tahun, adakah akan Farel bertemu semula dengan Raina? Ya, mereka akan bertemu tau. Namun situasi kali ini berbeza apabila kehadiran Farel adalah sebagai pelanggan yang harus dilayani. Ohmaigadd! Kan dah kata, drama ni memang agak ‘dark’ dan menarik dengan plot twistnya!

Pada mulanya, Farel hanya mahu membalas dendam terhadap Raina. Mana tidaknya, dah lah kena tinggal di malam pernikahan mereka. Kena fitnah pulak tu!

Tapi, mungkinkah hati Farel akan berubah? Atau adakah dendam telah menguasai diri setelah dikhianati berkali-kali oleh Raina? Haip..cannot say.

Apakah kesudahannya, kalau nak tahu korang kena lah tonton sampai habis drama ni tau!

Jom nikmati features eksklusif hanya di iQiyi!

Bukan hanya percuma dan eksklusif jer tau, korang juga boleh menikmati pelbagai senarai tontonan Melayu, K-Drama, C-Drama dan anime tempatan yang bermutu tinggi dalam sarikata Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Mantap!

Korang juga boleh merasai pengalaman tontonan yang jauh lebih menarik, jika korang menjadi ahli VIP iQiyi.

Semua ahli VIP iQiyi bakal menikmati pelbagai fungsi-fungsi eksklusif seperti skip iklan, tontonan eksklusif VIP dan tontonan awal, pengalaman penstriman yang gempak dengan  Dolby Atmos, dan kualiti HD penuh (4K). Baru syok macam ni!

Jap, korang tau tak yang korang boleh akses iQiyi VIP secara PERCUMA?

Yasss…memang betul, dengan Celcom Xpax Unlimited korang boleh akses iQiyi VIP secara percuma selama 6 bulan dan boleh menikmati lebih Internet pantas untuk strim video dalam HD penuh. Tebus jangan tak tebus!

Menarik kan! Kalau korang berminat untuk menjadi ahli VIP iQiyi, jangan lupa untuk layari laman web iQiyi atau muat turun aplikasi iQiyi di Apple App Store, Google Playstore atau Huawei App Gallery untuk pendaftaran yang ringkas.

SKIP THIS AD ×