berita

Aksi Mesra Fasha Sandha & Nora Danish Curi Tumpuan, Jejai Puji ‘Steady’ Dekat Bekas Isteri

June 25th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Sepotong video yang memaparkan aksi mesra antara dua pelakon popular Fasha Sandha dan Nora Danish berjaya mencuri perhatian wargamaya.

Artikel Berkaitan: Nora Danish Makan Lemang Dengan Daging Wagyu Pagi Raya – ‘Sedap Tau!’

Artikel Berkaitan: ‘Gemuk Dia Sayang, Kurus Pun Dia Sayang’ – Fasha Sandha

Mesra

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram milik Fasha, dia dilihat sempat merakam beberapa momen bersama Nora ketika mereka berdua hadir ke majlis pernikahan pelawak dan penyampai radio, Shuib, baru-baru ini.

Fasha dan Nora yang anggun mengenakan busana mengikut tema resepsi iaitu ‘dusty pink’ dilihat saling berpelukkan antara satu sama lain.

Video tersebut telah berjaya menuai pelbagai reaksi wargamaya yang rata-ratanya kagum terhadap dua aktres itu apatah lagi umum mengetahui mereka sebelum ini pernah berkahwin dengan lelaki sama iaitu Rizal Ashram atau mesra dengan sapaan Jejai.

‘Steady’

Malah, Jejai dilihat sempat meninggalkan komen di ruangan balas dengan berkata ‘steady’ selepas melihat aksi mesra kedua-dua bekas isterinya itu.

Komen Jejai kemudian mendapat pelbagai reaksi wargamaya yang kebanyakan mereka menyifatkan dia sebagai seorang lelaki hebat kerana masih mengekalkan hubungan baik bersama Fasha serta Nora meskipun sudah berpisah.

Selain itu, kejelitaan Fasha dan Nora turut mendapat pujian ramai apabila netizen mengatakan wajah mereka tidak dimakan usia.

Untuk rekod, Nora dan Jejai mendirikan rumah tangga pada Jun 2006 dan kemudian berpisah pada Julai 2008. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata Putra Rayqal yang kini berusia 14 tahun.

Jejai kemudian mendirikan rumah tangga dengan Fasha pada April 2012 sebelum disahkan bercerai pada Januari 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 9, dan Putri Raysha Jamyma, 8.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×