berita

‘Aku Akan Ingat Sampai Mati’ – Tak Dapat Jawab Test Sebab Banjir, Pelajar Luah Kecewa Bila Lecturer…

January 5th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Memang tidak dapat dinafikan, penularan wabak Covid-19 sedikit sebanyak memberi pelbagai kesan kepada seluruh rakyat di Malaysia termasuklah para pelajar sekolah dan penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Malah, para pelajar juga diminta untuk menghadiri kelas online. Walaupun begitu, terdapat pelbagai kekangan yang dihadapi oleh mereka sepanjang tempoh ini.

Artikel Berkaitan: Minta Kelonggaran Jawab Ujian Sebab Rumah Banjir, Jawapan Pensyarah Ini Buat Pelajar Kecewa

Terbaru, seorang pengguna Twitter meluahkan rasa ‘kecewa’ dengan sikap pensyarah yang seakan tidak memahami dan tidak bersimpati dengan nasib yang menimpa seorang pelajarnya.

‘Esok ada ujian’

Menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter iaitu Afnan Azman memuatnaik satu screenshot memaparkan perbualan di Whatsapp Group bersama seorang pensyarah. Kisah itu bermula apabila salah seorang rakannya, Izzat memberitahu pensyarah bahawa dia berkemungkinan tidak dapat menghadiri ujian online kerana keadaan rumahnya yang dimasuki banjir. Tetapi dia akan sedaya upaya untuk mencari jalan supaya dapat menghadiri ujan tersebut.

Bukan itu sahaja, dia juga sibuk mengemas dan memindahkan barangan di rumah ke tempat yang lebih selamat. Malah, bekalan elektrik rumahnya juga terputus. Tetapi apa yang paling tidak disangka-sangka adalah jawapan yang diterima daripada pensyarah tersebut, sangat mengejutkan! Pensyarah yang digelar sebagai ‘Doktor’ itu seakan ‘memerli’ pelajarnya itu supaya berusaha untuk menghadiri ujian tersebut.

Dah hantar video dalam group

Respon netizen

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-ratanya tidak berpuas hati dan kecewa dengan sikap yang ditunjukkan oleh pensyarah berkenaan.

Sebagai seorang pensyarah, dia sepatutnya menunjukkan contoh yang baik serta bersimpati dengan masalah yang dihadapi para pelajar dan bukannya bersikap pentingkan diri seperti ini.

‘Lecturer kurang rasa empati’

Sumber: Afnn_Azmn

SKIP THIS AD ×