berita

Minta Kelonggaran Jawab Ujian Sebab Rumah Banjir, Jawapan Pensyarah Ini Buat Pelajar Kecewa

January 4th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Tidak dinafikan rata-rata pelajar di Malaysia kini, berhadapan dengan pelbagai masalah berikutan pengenalan sistem Open Distance Learning (ODL) yang diadaptasi menggantikan sistem pembelajaran sebelum ini. Perkara tersebut berpunca apabila sesetengah pelajar hilang tempat tinggal yang ‘kondusif’ kerana tinggal di rumah masing-masing berbanding tinggal di kolej kediaman yang menyediakan capaian internet yang bagus.

Seperti perkongsian seorang pengguna dikenali sebagai Cik Bunga Merahmenceritakan pengalamannya ‘diperli’ oleh seorang pensyarah.

Sempat ‘perli’ pelajar

Mendapat lebih 21.1k retweet, pelajar tersebut pada mulanya memaklumkan kepada pensyarah bahawa dia menghadapi masalah untuk menjawab peperiksaan berikutan faktor cuaca dan keadaan banjir yang membataskannya untuk mendapat capaian internet yang lebih baik. Namun, respon pensyarah yang seakan tiada simpati terhadap keadaan pelajar yang ditimpa musibah mengundang amarah netizen.

2 minggu lepas saya dah maklumkan ada ujian. Rasanya sempat buat bangsal atau rumah atas pokok untuk dapat signal yang lebih baik.

Pengalaman pelajar lain

Menerusi ruangan balas, terdapat juga pelajar yang lain berkongsi pengalaman mereka bersama pensyarah masing-masing. Terdapat juga pensyarah yang ‘sesuka-hati’ melabelkan pelajarnya dengan satu panggilan yang tidak sopan.

Namun, terdapat juga pensyarah yang faham akan masalah yang dihadapi oleh pelajarnya dan boleh bertolak ansur demi kemaslahatan bersama.

Buat laporan

Rata-rata netizen berpendapat pensyarah tersebut sepatutnya dilaporkan kepada pihak pengurusan supaya tindakan yang wajar boleh diambil. Tidak berakhir di situ, netizen berpendapat seseorang pensyarah itu, sepatutnya bersikap profesional dan faham akan masalah yang dihadapi oleh pelajarnya sendiri.

Sumber: Cik Bunga Merah

SKIP THIS AD ×