
Seorang individu berkongsi tentang kebaikan selebriti yang dikatakan sentiasa menjaga solatnya.
Artikel Berkaitan: Ayda Jebat Puji Hun Haqeem Tak Tinggal Solat
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Opai Tak Tinggal Solat, Netizen Sifatkan Fatin Afeefa Beruntung – ‘Dia Jaga Tiang Agama, Memang Jodoh Yang Tepat’
Jaga solat

Menerusi perkongsian seorang pengguna Threads iaitu di akaun Farisfoxz, dia terserempak dengan seorang selebriti ketika menunaikan solat subuh.
Menurutnya, selebriti berkenaan adalah seorang muslim yang sentiasa menjaga rukun Islam yang kedua itu.
Masa solat subuh tadi ada seorang artis datang solat dekat sebelah aku.
Dia salam dan aku tersenyum je tengok dia.
Aku bersaksi memang dia seorang yang sentiasa menjaga solat.
Tambah individu tersebut, selebriti itu sebelum ini didakwa terpalit dengan kontroversi dan menerima pelbagai kecaman daripada orang ramai.
Dia pernah diuji hebat dan ramai yang mengecam.
Kita semua pernah buat silap namun disebabkan status dia artis, orang tak henti-henti kecam walaupun perkara dah lama selesai.
Begitulah ujian setiap manusia tidak sama.
Ada orang ikhlas depan kamera, ada pula hipokrit depan tuhannya.
Bagaimanapun, individu berkenaan tidak mendedahkan identiti selebriti itu meskipun di ruangan komen warganet meneka beberapa nama selebriti.
Sumber: Threads Farizfoxz






![[VIDEO] ‘Tak Perlu Terlalu Lama’ – Jaja Ishak Nasihat Noorkhiriah Jangan Larut Dengan Kekecewaan](https://asset.ohbulan.com/2026/08/jaja-ishak-noorkhiriah.jpg)

